JellyPages.com

Love You To The Moon & Back

..We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone..

Jumaat, 4 Mac 2016

Back to Blogger Life!

Setahun rupanya aku tinggalkan blog.
Ya Tuhan apa sudah jadi?
Bukan tak nak menulis.
Tapi kekangan masa buat aku sangat tak ada minat nak tulis apa-apa.
Ok sekarang kembali to this blog yang dah built up rasanya lama jugak la.
Starting today 04/03/2016, active back!
Jangan hangat-hangat chicken pop, ye Nurul.

Selasa, 14 April 2015

Dewasa

2015
Catatan pertama untuk tahun ni. Catatan lama dah aku padam bukan kerana tak sayang tapi tak nak ingat semua memori tentang cerita lama.
Dan tahun ni umur dah menginjak ke angka 24tahun.
Suatu masa yang cukup panjang aku rasa.
Dulu..
Masa masih lagi kanak-kanak, sibuk aku fikir nak jadi orang dewasa.
Tapi bila dah dewasa ni rasanya bukan suatu perkara yang mudah.
Kau kena fikir banyak benda.
Kau kena kerja. Kalau tak kerja kau nak sara hidup kau macam mana? Takkan selamanya nak bergantung harap pada mak ayah kan.
Dah belajar tinggi-tinggi, penat-penat pergi kelas, siang malam..at the end mesti la nak kerja kan bila dah habis belajar. Then mesti nak rewards untuk diri sendiri.
Dulu..
Aku fikir jadi orang dewasa ni macam mudah je. Tau kenapa?
Aku tengok, aku perhati.
Orang dewasa ni nak beli apa-apa, mudah je. Boleh pandu kereta. Boleh keluar jalan-jalan.
TAPI..
Semua yang aku fikir tu tak semudah yang di sangka.
Nak kereta?
Kau kena kerja. Dapat gaji kau kena save. Save untuk buat downpayment kereta.
Dah dapat kereta. Ok enjoy, fun semua kan.
Tetiba, kau akan terfikir pulak. Kalau ada investment sikit kan bagus.
Otak ligat berfikir.
Rumah?
Yes. Tu salah satu idea yang sangat bijak.
Nak beli rumah pulak. Takkan selamanya nak sewa rumah kan? Lagi kalau kau tu lelaki.
Lagi la WAJIB kau fikir pasal ni.
Kalau kau kahwin dapat isteri yang seadanya dah ada rumah sendiri. Tu satu kelebihan la untuk kau kan. Tapi kalau tak, kau WAJIB fikir pasal ni.
Sebab..rumah ni tempat berteduh, tempat di mana segalanya bermula.
Kau kena fikir tu.
Ok, dah dapat rumah. Otak fikir lagi ligat..
Cara nak beranakkan duit pulak macam mana...?
Kereta nak bayar bulan-bulan. Rumah pun sama. Kos sara hidup lagi.
Minyak kereta. Tu belum masuk bil elektrik & air pulak.
At the end of the month, gaji kau masuk petang, malam lepas maghrib kau on CIMB Clicks/Maybank2u.
Bayar segala bagai bil. Dalam masa tak sampai 10 minit. Semua bil kau selesai.
Yang ada dalam saving kau?
Cukup ke nak tampung untuk sebulan hidup?
Kalau kau belum kahwin tak ada masalah mungkin. Tapi kalau dah kahwin? Botak kepala nak fikir.
Ditambah pulak dengan semua barang dikenakan GST.
Aku rasa sejak adanya si GST ni, aku jadi pembeli yang sangat berhemah gila-gila!
Dulu..
Beli barang dapat resit, tak tengok pun. Campak dalam tong sampah.
TAPI sekarang tak! Aku akan pastikan ada GST Reg. No. lepas tu kira 6% dari jumlah yang aku belanja. Betul ke tak. Dan aku rasa, lepas ni rakyat Malaysia yang jelata ni, akan jadi akauntan yang berjaya di mata dunia. Setiap rakyat!
Cerita orang dewasa ni takkan pernah habis sampai kau tutup mata selamanya.
Masa tu, semua urusan dunia kau akan tinggalkan. Kembali pada Dia.


Rabu, 20 Ogos 2014

Coming Back!

Hello my Followers!


First of all, kesian blog ni di abaikan. Bukan sengaja, maafkan saya wahai blog kerana mengabaikan kamu. Ehhh..macam bernyawa pulak. Hahaha...ok, minat menulis sebenarnya tak pernah padam dan tak akan terpadam sampai bila-bila. Cuma waktu yang tak mengizikan saya untuk updates details all the story that happened in my life.


Now! I'm employed! Hey..it is too interesting to explore this working world. Well, I'll explain in cont. stories after this yea. Check it out, handsome & beautiful!



Sabtu, 28 Disember 2013

Kisah Uniten Pusaka Tersayang!

"Di sini lahirnya sebuah cinta, yang murni abadi sejati...Di sini tersemat cita-cita...Bercambah menjadi WARISAN.."

Bait-bait kata yang cukup menyentuh hati tatkala diri ini bakal menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dalam pengkhususan Pengurusan Sumber Manusia...:)
Hari ni 28/12/13...cepatnya masa itu berlalu. Serasa baru semalam aku kenal kawan-kawan di sini. Terlalu banyak perangai manusia yang mungkin susah aku nak tafsir sendiri. Tapi berbekalkan kecekalan, ketabahan, juga berdasarkan fikiran yang semakin matang, aku makin kenali mereka. Orang kata, semua ni ambil masa. Yes! Aku setuju..dan semua ni adalah pengalaman yang akan mematangkan lagi diri aku. 

Permulaan hidup sebagai mahasisiwi UNITEN pada 30/04/2011. What a long times I'm here! Mula-mula aku datang Muadzam Shah, semuanya rasa macam kabur. Kenapa aku cakap kabur? Sebab...Muadzam Shah is a death town ever! Ya Allah, Tuhan je yang tau macam mana duduk kat sini. Dengan tak ada mall, tak ada wayang, tak ada fast food. Yes! Aku mengaku mula-mula macam susah nak adapt dengan keadaan kat sini. Sebab aku dah terbiasa dengan hidup di bandar. Apa aku nak semua senang nak dapatkan. Tapi bila sampai sini, semuanya jadi terbalik. 

Done membebel pasal first time datang sini. Sebenarnya tak la seperti yang aku fikirkan sebelum aku datang sini. Sebab, sekarang Muadzam Shah dah agak membangun jugak la nak bandingkan dengan dulu. 

Kawan-kawan? Yang aku kenal masa aku masuk sini cuma sorang je la. NurulAzra Bt Mohamad Saai. Sebab dia ni kawan aku dari form6 lagi. Dialah roomates aku dari sem 1 sampai la sem akhir ni. Dengan dialah tempat penceritaan segala benda, teman suka duka. Banyak jugak rasanya penceritaan cerita-cerita mengarut kami yang entah ke berapa kali di ulang story board. Tapi kami tak boring.

Kang Pao Lien?! Ahaaaa...dia ni dulu masa first sem, jiran rumah aku. Sumpah dia meluat gila dengan group aku masa tu...katanya bila dah serumah dengan aku...hahahaha...mengumpat kami ye mek? Dia kata geng aku geng gedik! OMG! Actually sorang je yang gedik gila antara aku and the geng masa tu la. Aku tak mampu nak mention kat sini. Sorry. But, oK back pada si pao lien ni kan..she's nice actually. Sumpah dia mintak maaf gila-gila bila dah serumah dengan aku & azra. Hahahaha...nak gelak pun ada jugak masa tu dengar cerita dia tentang perception dia pada aku & azra...hanya disebabkan seseorang antara kami yang aku tak mampu nak kata apa dah dengan aku & azra sekali terkena tempiasnya...haisssshhh...

Hebshibah...first time aku dengar nama dia ni, dalam otak ni fikir...bangsa apa ekh dia ni, otak dah mula melayang jauh...mungkin orang Sarawak or Sabah. Sekali bila tengok orangnya...India rupanya. Beragama Christian. Hmmmm...dia ni, masa minggu orientasi, ada la sekali tu duduk berhimpit dalam bas nak pergi kampus pagi-pagi. Boleh pulak dia tertolak aku & baju kurung aku tersangkut sikit & koyak kat lengan. Tapi tak la nampak sangat sebab baju tu warna maroon gelap. Dalam hati masa tu memang sumpah seranah minah ni, dah la tolak aku lepas tu no sorry at all! Sabar je la aku masa tu. Tak mampu nak kata apa-apa. But at last aku serumah jugak dengan dia ni. Orangnya sangat perahsia...dan jangan la tegur kalau tengok muka ketat macam harimau baru lepas lawan dengan gajah...:D

Lepas ni aku sambung lagi oK...till then, sayang-sayang...:)

Ahad, 1 Disember 2013

SAMPAI DI SINI......

Assalamualaikum...

01/12/2014..Ya Allah, cepat nya masa berlalu. Rasa macam baru semalam diri ini mendaftar di UNITEN, Muadzam Shah. Counting days now, dah tinggal less than a month I'm here! Lepas ni, semua yang terjadi di sini hanya tinggal kenangan terindah! Terlalu banyak kenangan bersama sahabat juga pensyarah. Suka duka kehidupan seorang mahasiswi UNITEN, bakal melabuhkan tirai di bulan Januari 2014! Permulaan 2014 yg bakal menentukan segalanya. 

Jom layan kenangan Nana kat UNITEN ni kejap...lepas tu Nana sambung memebebel ye...:)

Yang ni ROOMATES Nana dari Sem 1 sampai la Sem akhir ni, Azra! She's cute, she's sweet!

Yang ni senget!hahaha...she's my housemate, Pauline! yang selalu menolong saya di kala kesusahan..THANKS a lot, dear!

Here we're...my BESTIE in UNITEN! Sha, Ika & Rara :)

Pernah suatu ketika bila scholar masing-masing dah di bank-in..KAMI 'hoooreeeeyyy' bagaikan dunia ini milik kami! Bila dapat tau petang lepas kelas yang scholar dah masuk, terus berdesup si driver, Kak Ika.."pergi BANK jom tengok!". Tengok je angka dalam bank 3***...masing-masing SENYUM lebar macam baru lepas buat senaman mulut!hahaha....petang tu jugak sampai ke malam kami shopping kat bandar MUADZAM SHAH ni yang asal ada ni. Bukannya ada mall besar-besar pun. Bukan ada McD, KFC, Pizza Hut, BR, Starbucks bagai, tapi itupun kami boleh shopping sampai kedai semua hampir nak tutup. Dari satu kedai ke satu kedai. Mereka semua membeli, tapi saya hanya melayan, melihat telatah sahabat-sahabat yang happy nampak riak wajah masing-masing, bukan tak nak bersama membeli, tapi aku nak tengok senyuman juga keriangan mereka. Hati ini terdetik, 'mungkin ini kali terakhir aku dapat tengok sahabat-sahabat aku happy, ketawa, tak ingat apa bila shopping'...mungkinkah! 

Bila kami BOSAN+TENSION, Pauline mesti bawak kami pergi Segamat, yang paling dekat la untuk lepas rindu nak makan McD + Cuci Mata kat One Segamat!

Mek ni memang suka sangat dengan Chipmunk gigi 2 batang ni! I'll give this on ur weds yea, dear!hahaha

Sahabat-sahabat saya memang pantang nampak CAMERA! Confirm masing-masing posing! Kat Pantai Selamat beli barang pun sempat lagi kan nak pose-pose bagai...:P

KAMI sepakat untuk mengotorkan baju & seluar juga mengTANT kan kulit ala-ala minah saleh negara!!

Dalam kami gembira, pasti ada juga kesedihan yang melanda. Tak dinafikan, pasti terselit salah silap masing-masing. Tapi semuanya masih dapat di kawal sebelum merebak jauh! Alhamdulillah, kami mampu harungi nya dan kami masih bersama sebagai SAHABAT! Moga ukhwah persahabatan ini takkan tamat di sini, tapi hingga ke syurga.

Sahabat ku sayang..Azra, Ika, Sha, Sheba & Pauline,

Dunia aku sebagai mahasiswi UNITEN sangat-sangat berwarna-warni dengan telatah juga perangai korang. Sedih aku rasa nak tinggalkan semua ni...:( Banyak sangat kenangan dengan korang. Terlalu banyak. Tak mampu aku nak ulang balik satu-persatu. Saat suka duka kita harungi bersama. Kadang kita senyum, kadang kita sedih, kadang kita merajuk, kadang kita marah, kadang kita terasa hati...itu semua lumrah berkawan. Aku harap semua ni akan mematangkan lagi diri kita untuk hadapi masa depan yang masih panjang lagi ni kita nak tempuhi. Persahabatan kita tetap akan kekal sampai bila-bila hingga ke syurga. Ingat tak apa impian-impian yang pernah kita cerita antara satu sama lain? Aku harap semua impian tu akan terlaksana suatu hari nanti! Korang, serius aku sedih bila dah masuk bulan 12 ni. Nanti siapa nak ingatkan aku macam-macam perkara? Nampaknya kena always remind myself la lepas ni. Lepas ni ke mana la arah tuju hidup kita kan? Tolong jangan tukar no phone oK! Susah nak contact nanti. Wedding korang insyaAllah aku sampai bila dapat KAD..VVVVVVIP oK (^____________________^)

Di kala aku tulis menda alah ni, korang tak ada kat rumah. Sheba pergi N9, Pu lin pergi KL, Azra, Sha & Ika pergi Shah Alam. Aku sorang kat rumah. Serius sedih tengok katil semua KOSONG! Rasa macam nak lari balik Johor! 

*pengubat suka duka kehidupan bila berjauhan dengan keluarga adalah rakan-rakan sekeliling!

(*____________*)....jumpa lagi nanti...:)







Selasa, 5 November 2013

SATISFIED

Assalamualaikum...
Lamanya tak updates blog ni. Hati meronta, tapi apakan daya..masa membataskan segalanya!
Rindu sangat nak menari, mencoret, menceret...ehhhh...tak salah...mengembangka idea yang sebenarnya..:D
Di sebabkan terlalu banyak yang rasanya macam nak cerita semua TAPI macam tak boleh je...macam susah je...macam tak sempat je! Poyo kan...nak jugak ayat 'MACAM' tu...hahaha!

Sebenarnya, Nana sibuk dengan final year thesis. Dan ALHAMDULILLAH! Dah selesai dah pun...dan hasilnya boleh la dilihat, dibelek, diteliti, ditenung, direnung, juga dibawa tidur....errrkkk??mengapa kena bawa tidur?? SEBAB thesis ni la saya tak tidur seharian, berhari-harian, berminggu-mingguan! Tapi hasilnya sangat la memuaskan hati juga jantung ini ye!


Haaaaaa....ni la hasilnya...my own research...my own write up...my OWN!
Banyak sebenarnya lagi cerita-cerita menarik hati, jantung juga jiwa ini. One by one akan di hikayatkan ye lepas ni. Nenek kebayan akan menjadi penglipur lara lepas ni, sebab dah freeeeeee memanjang rasanya lepas ni. 
Moga Allah permudahkan segala ujian juga cabaran-cabaran yang diberi selepas ini. InsyaAllah...:)

Khamis, 4 April 2013

Januari, Februari & Mac yang INDAH

Assalamualaikum......

Sihat ke readers semua?hehehehe...
ofcoz la sihat kan? Kalau tak as usual la....sila pergi jumpa klinik jumpa doktor...
Mana tau kan doc tu belum kawen....haaaaa..ada chance la...
mwahahahahaahaha....tak saja je gurau...
:D

Januari?
Apa ada dengan bulan Januari?
Tak ada apa pun yang best sebenarnya melainkan saya kena balik hutan amazon, Muadzam Shah terchenta lagi tersayang teramat sangat tu....errrrkkk?!

Actually hati meronta kata TAK NAK balik! TAK NAK balik! 
Tapi....apakan dayaku tidak ku mampu melawan arus takdir juga masa yang memaksa diri untuk bertapa selama 2 bulan di hutan amazon yang satu-satunya ada kat Asia ni!

oK, balik Muadzam Shah untuk 2 bulan semata-mata untuk special sem yang hanya boleh ambil 3 subjek maksima & 2 subjek minima....?!
Aiiiyyyooo...seems like saya kena postpone lagi sampai la hujung tahun macam ni!
Tak apa la...rasanya ada hikmah UNITEN pusaka tersayang buat macam ni kan?!
hehehehe

Februari?
Bermula lah alkisah dalam special sem di Uniten, Muadzam Shah.
Special sem kali ni memang agak ramai jugak la...sebab budak-budak baru masuk pun ramai jugak.
Terasa diri ini senior la sangat bila bercampur dengan adik-adik junior...errr??perasan la Nana....hahahaha
Betul la tu sebenarnya...senior...sekelas dengan junior!

Special sem saya ambil 3 subjek---> Business Communication, Japanese Language & Organizational Theory!
Untuk kelas Japan, saya kena buat persembahan tradisi Japan...
Kumpulan saya dapat tajuk nyanyian!!
What???pernah pulak nyanyi dalam bahasa Jepun??Korea pernah la...
Nak tak nak terpaksa jugak la menghafal lagu tu!
Nak tau lagu apa??
-BLUE BIRD-
Tau tak lagu tu? Lagu dalam cerita Naruto seasons 4...
oK, sangat-sangat la TAK BEST!
Lect. suruh pilih lagu,....then at last ikut lagu apa yang dia nak....baik tak payah suruh kami cari lagu & pilih...
Tak apa la...nak buat macam mana kan...
Ikut kan je la...

So, ni la hasilnya........
Japanese Songs in Dikir Barat style!
video
video

Enjoy tak tengok?hahahaha...
dah tak tau nak kata apa...nak senyum  ke nak gelak semua dah tak mampu!
hanya mampu kata..."I'm DONE my Japanese Language very WELL, and I know it"
oK, dah...korang enjoy la ye tengok vids ni....jangan gelak....senyyum je!
;)

Mac?
Apa berlaku dalam bulan Mac? 
oK, ada konflik persahabatan sikit...
TAPI alhamdulillah....dah selesai pun.
Nasib baik masing-masing tolak ego yang tinggi macam gunung everast tu ke tepi sikit....
dan bagi laluan kesabaran juga ketabahan untuk ambil alih seketika!
Tadaaaaaa.....KAMI masih lagi berkawan!
Ikatan persahabatan tu masih lagi kukuh dan dapat diselamatkan....
:)

Dalam bulan Mac juga, saya mengadap En. Final!
Wahhhhh!! Sangat la menarik dan tertarik!
Nak tau kenapa? 
Sebab...
Tarikh exam untuk 3 subjek yang saya ambil, saling kejar mengejar......
Tak ada gaps langsung!
Tak ruang nak bernafas untuk saya?!
Tak apa, dugaan lagi!

Habis exam, last paper terus balik Johor!
Ya Allah, rindunya dengan negeri bertuah ni....Johor Darul Takzim!
Sebulan setengah tak balik! Rindu kat rumah, rindu kat family!
yang penting....rindu kat bilik saya!
hehehehehe

Cuti 2 bulan gaps antara special sems dengan sems panjang...membuatkan saya boring tahap langit ke7 tak tau nak buat apa!
Baru 1 weeks cuti dah boring belum 2 bulan lagi!
Mati kuman duduk rumah!

Tak apa, dugaan lagi!
Till then, jumpa lagi next story.,
mmMMMmmmMmmMmUUuuUuUUaaaaAaaaAAAaaHHhhHHhHhXxXxxXXx
XOXO_GCQ_


Active Back!

Assalamualaikum.....

Lamanya rasa tak updates blog! Wah! Almost 3 months?! 
Boleh tahan ye Cik Nana tanpa blogs for 3 months??YES! anda dah buktikan!
Sebenarnya nak online and updates blogs, TAPI kekangan masa dan LINE yang macam siput pulang maghrib kat Muadzam Shah tu membantutkan rasa di hati nak updates many stories and news to be shared!
sorry dear readers n bloggers!
will be active back starting from now on till death!

Alahai.....banyak nya cerita dalam masa 2 bulan setengah ni. 
Cerita kampus, persahabatan juga tentang diri ini!
stay tuned yea, Cik Nana will updates 1 by 1 starting from January punya story, then followed by February and March!

.: Mmmmmmmuuuuuaaahhhxxxxx :.
XOXO_GCQ_