JellyPages.com

Love You To The Moon & Back

..We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone..

Sabtu, 28 Disember 2013

Kisah Uniten Pusaka Tersayang!

"Di sini lahirnya sebuah cinta, yang murni abadi sejati...Di sini tersemat cita-cita...Bercambah menjadi WARISAN.."

Bait-bait kata yang cukup menyentuh hati tatkala diri ini bakal menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dalam pengkhususan Pengurusan Sumber Manusia...:)
Hari ni 28/12/13...cepatnya masa itu berlalu. Serasa baru semalam aku kenal kawan-kawan di sini. Terlalu banyak perangai manusia yang mungkin susah aku nak tafsir sendiri. Tapi berbekalkan kecekalan, ketabahan, juga berdasarkan fikiran yang semakin matang, aku makin kenali mereka. Orang kata, semua ni ambil masa. Yes! Aku setuju..dan semua ni adalah pengalaman yang akan mematangkan lagi diri aku. 

Permulaan hidup sebagai mahasisiwi UNITEN pada 30/04/2011. What a long times I'm here! Mula-mula aku datang Muadzam Shah, semuanya rasa macam kabur. Kenapa aku cakap kabur? Sebab...Muadzam Shah is a death town ever! Ya Allah, Tuhan je yang tau macam mana duduk kat sini. Dengan tak ada mall, tak ada wayang, tak ada fast food. Yes! Aku mengaku mula-mula macam susah nak adapt dengan keadaan kat sini. Sebab aku dah terbiasa dengan hidup di bandar. Apa aku nak semua senang nak dapatkan. Tapi bila sampai sini, semuanya jadi terbalik. 

Done membebel pasal first time datang sini. Sebenarnya tak la seperti yang aku fikirkan sebelum aku datang sini. Sebab, sekarang Muadzam Shah dah agak membangun jugak la nak bandingkan dengan dulu. 

Kawan-kawan? Yang aku kenal masa aku masuk sini cuma sorang je la. NurulAzra Bt Mohamad Saai. Sebab dia ni kawan aku dari form6 lagi. Dialah roomates aku dari sem 1 sampai la sem akhir ni. Dengan dialah tempat penceritaan segala benda, teman suka duka. Banyak jugak rasanya penceritaan cerita-cerita mengarut kami yang entah ke berapa kali di ulang story board. Tapi kami tak boring.

Kang Pao Lien?! Ahaaaa...dia ni dulu masa first sem, jiran rumah aku. Sumpah dia meluat gila dengan group aku masa tu...katanya bila dah serumah dengan aku...hahahaha...mengumpat kami ye mek? Dia kata geng aku geng gedik! OMG! Actually sorang je yang gedik gila antara aku and the geng masa tu la. Aku tak mampu nak mention kat sini. Sorry. But, oK back pada si pao lien ni kan..she's nice actually. Sumpah dia mintak maaf gila-gila bila dah serumah dengan aku & azra. Hahahaha...nak gelak pun ada jugak masa tu dengar cerita dia tentang perception dia pada aku & azra...hanya disebabkan seseorang antara kami yang aku tak mampu nak kata apa dah dengan aku & azra sekali terkena tempiasnya...haisssshhh...

Hebshibah...first time aku dengar nama dia ni, dalam otak ni fikir...bangsa apa ekh dia ni, otak dah mula melayang jauh...mungkin orang Sarawak or Sabah. Sekali bila tengok orangnya...India rupanya. Beragama Christian. Hmmmm...dia ni, masa minggu orientasi, ada la sekali tu duduk berhimpit dalam bas nak pergi kampus pagi-pagi. Boleh pulak dia tertolak aku & baju kurung aku tersangkut sikit & koyak kat lengan. Tapi tak la nampak sangat sebab baju tu warna maroon gelap. Dalam hati masa tu memang sumpah seranah minah ni, dah la tolak aku lepas tu no sorry at all! Sabar je la aku masa tu. Tak mampu nak kata apa-apa. But at last aku serumah jugak dengan dia ni. Orangnya sangat perahsia...dan jangan la tegur kalau tengok muka ketat macam harimau baru lepas lawan dengan gajah...:D

Lepas ni aku sambung lagi oK...till then, sayang-sayang...:)

Ahad, 1 Disember 2013

SAMPAI DI SINI......

Assalamualaikum...

01/12/2014..Ya Allah, cepat nya masa berlalu. Rasa macam baru semalam diri ini mendaftar di UNITEN, Muadzam Shah. Counting days now, dah tinggal less than a month I'm here! Lepas ni, semua yang terjadi di sini hanya tinggal kenangan terindah! Terlalu banyak kenangan bersama sahabat juga pensyarah. Suka duka kehidupan seorang mahasiswi UNITEN, bakal melabuhkan tirai di bulan Januari 2014! Permulaan 2014 yg bakal menentukan segalanya. 

Jom layan kenangan Nana kat UNITEN ni kejap...lepas tu Nana sambung memebebel ye...:)

Yang ni ROOMATES Nana dari Sem 1 sampai la Sem akhir ni, Azra! She's cute, she's sweet!

Yang ni senget!hahaha...she's my housemate, Pauline! yang selalu menolong saya di kala kesusahan..THANKS a lot, dear!

Here we're...my BESTIE in UNITEN! Sha, Ika & Rara :)

Pernah suatu ketika bila scholar masing-masing dah di bank-in..KAMI 'hoooreeeeyyy' bagaikan dunia ini milik kami! Bila dapat tau petang lepas kelas yang scholar dah masuk, terus berdesup si driver, Kak Ika.."pergi BANK jom tengok!". Tengok je angka dalam bank 3***...masing-masing SENYUM lebar macam baru lepas buat senaman mulut!hahaha....petang tu jugak sampai ke malam kami shopping kat bandar MUADZAM SHAH ni yang asal ada ni. Bukannya ada mall besar-besar pun. Bukan ada McD, KFC, Pizza Hut, BR, Starbucks bagai, tapi itupun kami boleh shopping sampai kedai semua hampir nak tutup. Dari satu kedai ke satu kedai. Mereka semua membeli, tapi saya hanya melayan, melihat telatah sahabat-sahabat yang happy nampak riak wajah masing-masing, bukan tak nak bersama membeli, tapi aku nak tengok senyuman juga keriangan mereka. Hati ini terdetik, 'mungkin ini kali terakhir aku dapat tengok sahabat-sahabat aku happy, ketawa, tak ingat apa bila shopping'...mungkinkah! 

Bila kami BOSAN+TENSION, Pauline mesti bawak kami pergi Segamat, yang paling dekat la untuk lepas rindu nak makan McD + Cuci Mata kat One Segamat!

Mek ni memang suka sangat dengan Chipmunk gigi 2 batang ni! I'll give this on ur weds yea, dear!hahaha

Sahabat-sahabat saya memang pantang nampak CAMERA! Confirm masing-masing posing! Kat Pantai Selamat beli barang pun sempat lagi kan nak pose-pose bagai...:P

KAMI sepakat untuk mengotorkan baju & seluar juga mengTANT kan kulit ala-ala minah saleh negara!!

Dalam kami gembira, pasti ada juga kesedihan yang melanda. Tak dinafikan, pasti terselit salah silap masing-masing. Tapi semuanya masih dapat di kawal sebelum merebak jauh! Alhamdulillah, kami mampu harungi nya dan kami masih bersama sebagai SAHABAT! Moga ukhwah persahabatan ini takkan tamat di sini, tapi hingga ke syurga.

Sahabat ku sayang..Azra, Ika, Sha, Sheba & Pauline,

Dunia aku sebagai mahasiswi UNITEN sangat-sangat berwarna-warni dengan telatah juga perangai korang. Sedih aku rasa nak tinggalkan semua ni...:( Banyak sangat kenangan dengan korang. Terlalu banyak. Tak mampu aku nak ulang balik satu-persatu. Saat suka duka kita harungi bersama. Kadang kita senyum, kadang kita sedih, kadang kita merajuk, kadang kita marah, kadang kita terasa hati...itu semua lumrah berkawan. Aku harap semua ni akan mematangkan lagi diri kita untuk hadapi masa depan yang masih panjang lagi ni kita nak tempuhi. Persahabatan kita tetap akan kekal sampai bila-bila hingga ke syurga. Ingat tak apa impian-impian yang pernah kita cerita antara satu sama lain? Aku harap semua impian tu akan terlaksana suatu hari nanti! Korang, serius aku sedih bila dah masuk bulan 12 ni. Nanti siapa nak ingatkan aku macam-macam perkara? Nampaknya kena always remind myself la lepas ni. Lepas ni ke mana la arah tuju hidup kita kan? Tolong jangan tukar no phone oK! Susah nak contact nanti. Wedding korang insyaAllah aku sampai bila dapat KAD..VVVVVVIP oK (^____________________^)

Di kala aku tulis menda alah ni, korang tak ada kat rumah. Sheba pergi N9, Pu lin pergi KL, Azra, Sha & Ika pergi Shah Alam. Aku sorang kat rumah. Serius sedih tengok katil semua KOSONG! Rasa macam nak lari balik Johor! 

*pengubat suka duka kehidupan bila berjauhan dengan keluarga adalah rakan-rakan sekeliling!

(*____________*)....jumpa lagi nanti...:)