JellyPages.com

Love You To The Moon & Back

..We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone..

Sabtu, 28 Disember 2013

Kisah Uniten Pusaka Tersayang!

"Di sini lahirnya sebuah cinta, yang murni abadi sejati...Di sini tersemat cita-cita...Bercambah menjadi WARISAN.."

Bait-bait kata yang cukup menyentuh hati tatkala diri ini bakal menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran dalam pengkhususan Pengurusan Sumber Manusia...:)
Hari ni 28/12/13...cepatnya masa itu berlalu. Serasa baru semalam aku kenal kawan-kawan di sini. Terlalu banyak perangai manusia yang mungkin susah aku nak tafsir sendiri. Tapi berbekalkan kecekalan, ketabahan, juga berdasarkan fikiran yang semakin matang, aku makin kenali mereka. Orang kata, semua ni ambil masa. Yes! Aku setuju..dan semua ni adalah pengalaman yang akan mematangkan lagi diri aku. 

Permulaan hidup sebagai mahasisiwi UNITEN pada 30/04/2011. What a long times I'm here! Mula-mula aku datang Muadzam Shah, semuanya rasa macam kabur. Kenapa aku cakap kabur? Sebab...Muadzam Shah is a death town ever! Ya Allah, Tuhan je yang tau macam mana duduk kat sini. Dengan tak ada mall, tak ada wayang, tak ada fast food. Yes! Aku mengaku mula-mula macam susah nak adapt dengan keadaan kat sini. Sebab aku dah terbiasa dengan hidup di bandar. Apa aku nak semua senang nak dapatkan. Tapi bila sampai sini, semuanya jadi terbalik. 

Done membebel pasal first time datang sini. Sebenarnya tak la seperti yang aku fikirkan sebelum aku datang sini. Sebab, sekarang Muadzam Shah dah agak membangun jugak la nak bandingkan dengan dulu. 

Kawan-kawan? Yang aku kenal masa aku masuk sini cuma sorang je la. NurulAzra Bt Mohamad Saai. Sebab dia ni kawan aku dari form6 lagi. Dialah roomates aku dari sem 1 sampai la sem akhir ni. Dengan dialah tempat penceritaan segala benda, teman suka duka. Banyak jugak rasanya penceritaan cerita-cerita mengarut kami yang entah ke berapa kali di ulang story board. Tapi kami tak boring.

Kang Pao Lien?! Ahaaaa...dia ni dulu masa first sem, jiran rumah aku. Sumpah dia meluat gila dengan group aku masa tu...katanya bila dah serumah dengan aku...hahahaha...mengumpat kami ye mek? Dia kata geng aku geng gedik! OMG! Actually sorang je yang gedik gila antara aku and the geng masa tu la. Aku tak mampu nak mention kat sini. Sorry. But, oK back pada si pao lien ni kan..she's nice actually. Sumpah dia mintak maaf gila-gila bila dah serumah dengan aku & azra. Hahahaha...nak gelak pun ada jugak masa tu dengar cerita dia tentang perception dia pada aku & azra...hanya disebabkan seseorang antara kami yang aku tak mampu nak kata apa dah dengan aku & azra sekali terkena tempiasnya...haisssshhh...

Hebshibah...first time aku dengar nama dia ni, dalam otak ni fikir...bangsa apa ekh dia ni, otak dah mula melayang jauh...mungkin orang Sarawak or Sabah. Sekali bila tengok orangnya...India rupanya. Beragama Christian. Hmmmm...dia ni, masa minggu orientasi, ada la sekali tu duduk berhimpit dalam bas nak pergi kampus pagi-pagi. Boleh pulak dia tertolak aku & baju kurung aku tersangkut sikit & koyak kat lengan. Tapi tak la nampak sangat sebab baju tu warna maroon gelap. Dalam hati masa tu memang sumpah seranah minah ni, dah la tolak aku lepas tu no sorry at all! Sabar je la aku masa tu. Tak mampu nak kata apa-apa. But at last aku serumah jugak dengan dia ni. Orangnya sangat perahsia...dan jangan la tegur kalau tengok muka ketat macam harimau baru lepas lawan dengan gajah...:D

Lepas ni aku sambung lagi oK...till then, sayang-sayang...:)

Tiada ulasan: