JellyPages.com

Love You To The Moon & Back

..We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone..

Sabtu, 19 Jun 2010

sudah takdir......

Apa yang dikatakan takdir yang telah ditakdirkan pada ku...kenapa di masa ini baru aku sedar tentang takdir. Di saat adanya kau di hatiku. Kenapa ditakdirkan kau menjelma di dalam hidup ku, mengapa namamu berada di dalam diari ku, mengapa kau berada dalam hati ku. Kenapa adanya kau di dalam hidup ku.... kenapa.. kenapa ?

Mengapa takdir menemukan kita di kala usia kau dan aku diseparuh abad ini. Perjumpaan yang tidak dirancang dan tidak diduga melahirkan rasa kasih sayang dan mesra antara kita.

Aku bahagia adanya kau dalam hatiku, aku bahagia dengan pertemuan kita ini, aku bahagia berada bersamamu, kita jatuh cinta, kita menanggung rindu, inikah lumrah alam.

Kau selalu berkata "sudah takdir kita diketemukan sayang", setiap kali aku mengeluh tentang perkenalan kita inilah jawapan kau. Bukan aku kesal bertemu dengan mu sayang, aku bahagia, aku gembira, aku ceria sejak adanya kau didalam hati ku, sejak kau bersama ku.. tapi sampai bila?? sampai bila??

Kasih sayang yang kita bina telah menimbulkan rasa rindu, rindu yang teramat sangat. Kita rindu untuk bertemu, kita mula menghitung hari untuk bertemu... tapi keadaan, tugas dan tangungjawap seharian memisahkan kita. Gunung Banjaran Titiwangsa memisahkan rindu kita.

Adakan perkataan kecewa akan menjelma di kemudian hari, ketika aku sedang lena dibuai oleh kasih sayangmu. Inilah yang amat aku takuti.
Aku harap kita akan sentiasa menjaga perasaan hati kita supaya kasih sayang yang kita bina akan menetap dihati kita selama-lamanya saperti kata kau,

"Kasih kau pada ku tidak akan layu, rindumu hanya untuk ku, sayang kau hanya untuk ku seorang, ingatan mu tetap utuh pada ku, sayang kau pada ku sampai bila-bila, selama-lamanya sayang"

Hari-hari semalam yang kita lalui telah kita tempuhi, hari esok yang akan menjelma belum lagi kita ketahui dan tidak boleh juga kita duga. Hari ini aku mengerti, hari esok aku nampak bayang-bayang dan lusa entah hilang ditelan kabus. Hanya terserah pada takdir Yang Maha Kuasa.

Takdir yang menemukan kita dan aku harap perkataan takdir yang memisahkan kita tidak akan wujud dalam perkenalan kita.

Seandainya kau melupai diriku, aku akan terkapai-kapai mencari sesuatu yang indah yang pernah berada di dalam hati ku, di dalam hidupku, walaupun seketika waktu.

Aku akan jadikan ia seperti mimpi-mimpi dalam mimpi yang datangnya setiap pagi tanpa diminta, tanpa dicari dan tanpa diduga. Aku harap airmata rinduku tidak akan terlerai mengingati diri mu.

Bila ku renung kembali, aku rasa bersyukur bertemu dengan mu, aku rasa bersemangat menjalani hidup ini. Aku tidak ambil peduli apa orang lain kata, siapa yang menyakitkan hati ku, aku tidak peduli itu semua, yang penting aku ada kau yang sangat menyayangi diri ku.

Setiap hari ada saja kata-kata indah dari mu, " Sayang kau pada ku setulus hati. Aku sentiasa dalam ingatanmu, Akulah insan yang selalu dihati mu sayang, Diriku tidak pernah kau lupai. Kini kau tidak keseorangan lagi. Hidup mu akan sepi tanpa aku di sisimu. Kau akan sayang padaku selama-lamanya...Selama-lamanya..sayang"

Aku harap kata-katamu akan kau tunaikan dan masa saja yang akan menentukan sejauh mana...seteguh mana... kata-kata mu itu. Selama mana dapat kau bertahan dengan janji-janjimu terhadap diriku ini. Setiap kata-kata mu membuatkan diriku rasa dihargai dan disayangi.

Hati ku mula berbunga kasih, menikmati kata-kata, janji-janji indahmu terhadap ku dan dengan kasih sayang yang kau beri setiap hari. Setiap percakapan atau sms yang kau berikan pada ku tidak pernah tertinggal perkataan sayang untuk ku. Walaupun kita berjauhan tapi hati kita dekat selalu sayang.

Kadang-kadang berjam-jam kita berbual di talian, berhenti berbual kita sms sampai tertidur. Esokan harinya kau tetap mengucapkan selamat pagi sayang pada ku, membuatkan aku terjaga dan bibir ku jua mengukir senyuman bila membaca msg yang kau hantar seawal pagi.

Ucapan selamat pagi mu seperti alarm setiap pagi walaupun pada hari cuti umum. Kini aku tidak lagi bangun di tengah hari, walaupun pada mulanya susah sekali aku membuka mata di pagi hari, tapi dek kerana sms yang datang setiap pagi begitu indah sekali, aku paksakan mataku menikmati ayat-ayat yang kau kirimkan dan seterusnya memuji keindahan fajar pagi yang merupakan hari baru bagi ku.

Kini, aku mula merindui untuk menatap fajar pagi, setiap malam sebelum melelapkan mata, aku akan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya memanjangkan umur kau dan aku supaya kau akan sentiasa bersamaku.

Setiap hari bunga-bunga cinta berada bersama kita, walau berjauhan kita tetap ceria mendengar suara kita di talian. Ada waktu yang lapang kau akan menyanyikan aku lagu-lagu yang kau gemari. Aku hanya tersenyum mendengar nyanyian dan gelagat mu di talian.

Kita mencurahkan segala masaalah, kecerian, kerinduan kita bersama. Perbualan kita sungguh mesra dan kita sentiasa bahagia. Kebahagian yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Aku sebenarnya tidak mencari cinta mu, aku hanya merealisasikan impian mu menjadikan aku teman sejati mu. Sekarang kau berada di dalam hati ku.. aku harap engkau tidak akan mempermainkan kasih sayang yang telah engkau berikan kepada ku.

Apakah ada satu kejayaan hidup yang diperolehi tanpa kesulitan, perjuangan dan pengorbanan??

Cuaca tidak selalu cerah. Lautan tidak selalu tenang.
Hidup tidak hanya bunga mawar namun ada juga duri-durinya.

Hari berganti hari kau tetap ku nanti, tanpa rasa jemu tapi penuh rasa rindu.
Begitu kita rindu untuk bertemu hanya takdir saja yang menentukan.
Aku tetap memegang janjimu padaku.
Sayang mu yang tidak akan layu.

Jumaat, 11 Jun 2010

Pisang & Hati

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam.

Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg. Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungutdan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.

Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci…!

Rabu, 9 Jun 2010

awak lagi........

awak
waktu kerinduan hati mula menyapa
saya jadi tersangat hiba dan rasa rindu tu bagai menusuk-nusuk dalam hati
menekan-nekan dada sampai nafas rasa tersekat-sekat
waktu tu saya cari satu sudut dan duduk disitu sepanjang malam
kat sudut tu sepanjang malam saya tengok langit
dan kira bintang-bintang 1 2 3 4 sampai habis
tapi tak pernah pun saya kira sampai habis
kerana bintang tuhan itu terlalulah banyaknya

dan selalunya belum sampai kiraan 1000 saya dah terlelap kat situ
ha ha biarlah dari saya terus melayan rindu yang saya takkan dapat lagi
tapi itu langkah sementara yang hanya berkesan sekejap saja
saya berani rumuskan kesimpulan macam ni sebab benda ni dah bertahun berlalu
benda yang sama saya rasai dan setiap kali hati merindu
saya jadi kelam kabut sebab taktahu nak buat apa. Sebab tu saya kira bintang
ha ha kalau siang hari saya kira daun daun gugur.

Dan awak..
semua hal-hal ini tak pernah memberi kesan "saya lupakan awak selamanya"
kerana dalam sibuk saya mengingati awak.. dalam mengira bintang dan daun-daun gugur saya juga memikirkan awak.
Adakah saya bersalah atau patut dipersalahkan sebab tak dapat lupakan awak ??

kalau awak ingin tahu..
saya selalu persalahkan diri sendiri kerana perkenalan dengan awak
membawa saya sehingga ke tahap ini dan andainya saya diberi peluang
untuk menjalani kehidupan masa lampau sekali lagi..
Saya takmahu mengenali awak kerana dengan mengenali, memahami, dan menyayangi awak sebegini rupa membuatkan hati terlalu terseksa

awak pergi tinggalkan saya.. dan awak tinggalkan semua kenangan ini
awak tinggalkan semua orang yang menyayangi awak
juga setiap orang yang menyenangi tingkah laku awak
awak lihatlah kalau awak nampak semua orang yang awak tinggalkan ni
mereka tidak kering air matanya kerana rindukan awak,
mereka rindu pada insan yang mereka sayangi yang telah pergi selama-lama

awak..
setiap hari saya merasai perasaan yang sama
dan hati saya takkan pernah akan terubat
tetapi saya gembira kerana saya hidup dalam kenangan kita
memang hidup ini perlu diteruskan dan bukan untuk diratap saja..
kadang-kadang kesulitan ini membuatkan saya menyalahkan taqdir
walaupun saya tahu taqdir inilah yang terbaik tuhan anugerahkan pada saya dan kepada kita semua
tapi sebab kecetakan pemikiran dan perasaan duniawi ini telah menutup segalanya..

"Maafkan aku tuhanku dan pada semuanya, sesungguhnya kami tiada daya melihat ketelusan dari perpisahan ini....."

awak......

awak
hari ini air mata awak menitis kerana saya..semalam pun sama..kerlmarin begitu juga..maafkan saya awak..kerana dah menghadiahkan luka..dah mencarikkan derita..di hati awak..

awakk..
walau sejuta kemaafan saya pinta..walau saya merayu hiba..saya tetap tak dapat mengubati hati awak yang lara..saya tak dapat kembalikan senyuman seperti sediakala..oleh itu...tiada apa yang mampu saya ucapkan lagi..cuma saya mohon kemaafan dari tulusnya hati..

awak..
kita berteman tak saya jangka..kita berkawan tak pernah saya fikirkan sebelumnya..yang nyata..awak sudah mencuri secebis hati..tanpa sedari..awak istimewa di hati saya..teman suka dan duka..tapi..bila awak menyatakan rasa hati..menyatakan awak menyintai..saya terdiam tanpa kata..saya..tak salahkan awak..tak pernha salahkan awak..mungkin salah saya kerana kita kerap bertemu..lantas mewujudkan mimpi indah di hati awak..

awak..
sejuta terima kasih saya ucapkan..sebab awak sudi menyayangi..tapi..bila setiap hari awak berkata betapa awak mengasihi..semakin hari saya takut sendiri..sebab saya tak mampu nak balas rasa hati awak..benar saya menyayangi..benar saya mengasihi..saya tak nafikannya..tapi..cuma sekadar teman bicara...awak kawan..awaklah teman..namun..tak terluah dari bicara..sebab saya tahu..apa saja jawapannya..apa saja pengertiannya..awak akan terluka..di suatu masa..

berulang kali saya menyatakan..berhenti dari terus menyayangi..kerana ..sekuat mana awak mencuba..semakin awak kan terluka..dan hari ini..ternyata..benar..kenyataan itu amat memeritkan..kenyataan itu terpaksa awak hadapi..dan saya sedih melihat awak jadi begini..maafkan saya awak..maafkan saya...
kalaulah masa boleh saya undur semula..saya akan pastikan saya tak akan berada dalam di sisi..sebab kehadiran saya hanya membuat orang lain berduka..

awakk..
awak pernah bertanya..mengapa sedikitpun di hati saya tak pernah wujud cinta?terlalu hinakah cinta awak..tidak awak..cinta tak pernah hina..tapi..saya dah nyatakan..saya tak mampu balas cinta awak..bagi saya..sekali saya menyatakan cinta pada seseorang..biarlah abadi selamanya..cinta bukan untuk di ungkapkan sentiasa..dan cinta saya milik dia..mungkin awak akan terus terluka dengan pernyataan saya..tapi itulah hakikatnya yang perlu awak tahu..sejak dulu...dan..awak terlambat menakluk waktu..malahan..terlalu lambat...
awak juga pernah bertanya..bagaimana nak menghilangkan rasa cinta di hati..jujurnya..saya tak tahu..yang saya tahu..saya perlu pergi dari hidup awak..saya perlu berlalu..mungkin dengan cara ini mudah utk awak melupakan..meskipun perit pada permulaan..tapi..akan berbuahkan kebahagiaan...tapi..awak tak mahu saya pergi..namun..jika saya tak pergi..bagaimana lagi awak nak meyakinkan diri awak mampu teruskan hidup..tanpa saya..sekiranya setiap saat saya berada depan mata..setiap detik kita bertikam kata?

awakk..
walau apapun jadi..walau apapun status saya..saya tetap mengasihi awak sebagai teman..sebagai kawan..ianya takkan pernah berubah..walau saya tak lagi di sisi..saya tetap mendoakan kebahagiaan..kesejahteraan awak..dan mudah-mudahan awak bertemu cinta yang lebih menghargai awak nanti..bukalah mata..bukalah jiwa..untuk cinta di luar sana..awaklah teman terbaik yang pernah saya ada..

awak..
walau awak dah jemu ungkapan kemaafan..tapi..saya tetap memohon maaf..atas semuanya..atas keterlanjuran bicara hingga buat awak begini rupa..andai ini harga yang harus saya bayar..izinkan saya pergi..dari terus menyakiti..tapi perlu awak ingat satu perkara..awak tetap sahabat saya..tak kira apa saja kata mereka!

Selasa, 1 Jun 2010

kamu....kalau kamu faham la....


wahai kamu yang ku rindui,

walau kurasakan ingin rebah bersama bebanan rindu..tetapi ku kuatkan hati agar diriku tidak terus terjatuh bersama perasaan.

wahai kamu yang ku kasihi,

walau dirimu tidak yakininya...tetapi ku tetap ingin terus berdiri mengiringimu mengharungi rasa sakitmu, rasa senangmu, rasa tawamu, rasa tangismu. Tidak ku hirau akan rasa sakitku yang lain kerna rasa itu akan hilang ketika diriku berdiri di sisimu.

kasih suci ini tidak mungkin hilang dan lenyap.
kasih ini hanya untukmu..hanya buatmu..

Hatiku tetap berdegil....sedegil orangnya...

kenapa tak percaya ka!!! waaaaaa.....sedihnye.,


Isnin, 31 Mei 2010

Hati ini selalu tertanya2 sendiri...
kenapa sesuatu yang kita nak sangat lupa or hilangkan dari ingatan,
itulah perkara yang paling susah nak buat?? kenapa???

kenapa orang yang kita nak lupa or padam dari kotak ingatan ni selalu sangat muncul dalam bayangan, dalam mimpi or even dalam realiti itu sendiri??

apa yang perlu dilakukan untuk hilangkan gundah dihati, sesak di jiwa, kabut di minda??

sesak nafas kadang2 bila terfikir benda2 yang sedih yang tak boleh nak lupa..

kalau boleh dalam hidup ni, tak nak langsung ada perkataan kenapa muncul sebab selalunya jawapan yang diharap tak pernah kunjung tiba...

wahai diri, sabarlah hadapi segala..wahai hati, tabahlah mengharungi
....

DugaaN yg daTanG x dapat Di duGa...:(

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemestaan itu abadi...
Dan ya Allah...ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan kekal abadi...

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku...
Bawalah ia jauh dari pandangan ku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Serta ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah Yang Tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan takdirMu...
Pasrahlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buatku...Kerana Engkau Maha Mengerti...
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di dunia dan di akhirat...
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini...
Jangan engkau biarkan aku sendirian...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup....
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

Amin...Ya Rabbal A'lamin.