Jumaat, 6 Mac 2020

Not Easy to FALL in LOVE

1:33 PTG 0 Comments
It's not easy to falling in love. I bukan jenis mudah nak fall in love. Lepas break up, bertahun ambil masa nak heals. Kadang-kadang I salute dengan orang yang boleh cepat jatuh cinta. Sebab tu mungkin rahmat Allah bagi dekat dia. I ni, memang take time nak kenal dan suka pada someone. Tapi, itulah jadi manusia yang terlampau suka ni susah jugak. Sometimes terbodohkan diri sendiri.
Hahahahaha...padan muka sendiri la. Saja gelak kan diri sendiri.

Pada i, ada dua jenis sebab kenapa seseorang tu single. You wanna know why? Its all about life.

1. Tak ada pilihan
2. Terlampau banyak pilihan

Mungkin pada i, cinta tu adalah suatu benda yang tak boleh di paksa kehadirannya. Dia akan ada bila dia ada, dan dia tak ada bila dia tak ada. Faham tak? hahahaha. Seumur hidup i, ada yang mengetuk pintu hati, tapi itulah, i dah cuba suka tapi tak boleh nak suka jugak.

Dan ada beberapa yang tak mengetuk pintu hati, ada yang terus bawa rombongan, and yes of coz i terperanjat "ohhh mak kau" eeehhhhh...hahaha. Tapi, i cakap kat rombongan tu semua, balik la dulu, relaks dulu, minum air kelapa tepi pantai, nanti i fikirkan kejap.

I dalam fasa kehidupan yang i tak tahu nak buka hati atau tak pada seseorang, Bila i cuba buka hati, dan akhirnya bila i undurkan diri (sebab nya tak timbul rasa cinta), orang kata i jahat pulak. Tapi bila i tak buka pintu hati, orang cakap i tak mencuba dan sombong pulak.

Hahahahahaha....i confuse ke fius otak ni putus?⚡

Sometimes kan, love ni datang dalam bentuk yang sangat misteri. Sometimes bila dah buka hati, ada je yang tak kena pula. Itulah dugaan dan cabaran nak mencari jodoh ni.

Being a single person ni, kadang boleh jadi racun jugak. Why? sebab you akan rasa terlampau selesa sampai you tak nak keluar dari comfort zone you. Ada orang selalu kata yang single ni tak mencuba, poyolah, tapi pada i la kan lebih baik i single daripada i hidup dengan manusia yang perangainya macam chip chocolate kat toilet dan tak sesuai dengan i.

Sebenarnya single is OKAY, Taken pun is OKAY. Lain manusia lain cara. Semuanya terjadi atas izinNya. Yang terbaik untuk you, belum tentu terbaik untuk i. Jalan cerita kita tak sama. Berbeza-beza setiap orang. So, just follow the flow. Be happy!



Follow Us @soratemplates