JellyPages.com

Love You To The Moon & Back

..We're born alone, we live alone, we die alone. Only through our love and friendship can we create the illusion for the moment that we're not alone..

Selasa, 5 Disember 2017

Cameron Highlands Part 4

Hi....

Tinggal few days blog ni after balik dari holiday coz too much of works need to settled down.

Ok jom layan my holiday trip lagi..😁

The days kami sampai..lepas check in kami ke Mardi Technology Park. Ni kat area Tanah Rata. Tempat dia memang cantik sangat. Memang feeling oversea sangat la. By the way, sebelum masuk kena la bayar tiket ye.

  - Dewasa : RM5
  - Kanak-kanak : RM 3

So lepas tu korang enjoy la tengok view dalam tu. Boleh la nak posing dengan pelbagai jenis bunga, pokok apa benda lagi...strawberry semua boleh la.
Oh ye...korang boleh juga beli pokok-pokok mana yang korang berkenan nak di bawa pulang ok. I just beli pokok yang melilit kat pergola untuk letak kt taman mini depan rumah I tu je. Nak beli roses takut tak sampai rumah roses dah mati.


Cantik kan? the colours tu yang buat pictures tu cantik!



Gadis dan bunga. Can I be your flower girl? For the rest of your life......






Dah penat-penat jalan kan. Perut pun dah bunyi keroncong suruh isi makanan so kita terus berdesup cari makan area Tanah Rata jugak. Ada medan selera depan Starbucks tu. Lunch merangkap dinner la nampaknya. Sedap kedai ni. Memang recommended sangat. Makan set untuk family pun tak la mahal sangat. Dalam RM30+ je. I thought makan macam mahal sangat kan sebab Cameron Highlands..hahaha..silap rupanya.

Kedai tu nama Anis Tom Yam.....

Nasi dia bagi memang banyak sangat..makan berempat pun tak habis.
Sayur kailan ikan masin, tom yam campur, daging masak merah, chap chye, telur dadar.
Settle for dinner.

My sweetheart dunia akhirat. 
Selagi ada nafas, mereka sentiasa menjadi keutamaan saya.

Lepas tu, balik bilik kita rehat dan tidur. Berborak dengan keluarga. Bertukar pelbagai cerita kehidupan dari satu bab ke satu bab yang lain.

ZzzzzZzzzzzz..sleep tight, sweet dreams 😘

Selasa, 28 November 2017

Cameron Highlands Part 3

Hello. Assalamualaikum. Selamat Pagi.....

Cerita di Cameron Highlands lagi for today.
Ok I stay just for one night la coz tengah hujan kan..macam tak best sangat la nak jalan-jalan sangat. Tapi kalau nak feelin' mat salah negara tu boleh la datang waktu ni. Suhu siang arounds 15-19 degree. Tapi malam ya ampun sejuk sampai ke tulang paling last sekali tu..hahahahaha..10-13 darjah celcius. But its ok..i can handle it. Rasa macam tak nak mandi pun ada. Hahahaha...tapi heater ada mandi la..dh puas berjalan takkan tak mandi kan..dah fresh baru boleh relax borak dengan family.

Sebenarnya banyak tempat korang boleh jenguk. Dari bawah kalau korang naik dari Simpang Pulai tu kan korang boleh jumpa Cameron Valley. We all stop by cameron valley sebab cantik sangat scenery situ. Ada cafe and also shop untuk korang beli souvenir sikit-sikit kan. Bukan apa pun..teh je la yang diorang jual. Nah layan gambar bawah ni...

Variety of tea here. 
Hello! Pick one and brings me back!

Ni sign Cameron Valley. 
Korang wajib selfieah kat sini.
Tanda korang dah jejak kat tea plantations ni.

Nasib baik bawa photographer terhormat I.
haha..no..just kiddin'
Wajib la korang panjat bukit tu and see the view.
But since hujan renyai-renyai and sangat crowded orang atas tu..I decide untuk selfie dari bawah je la.

My backbones. Every smiles you can see in my face,
they are the reasons why. 

My sweetheart.

Next pit stop.see on next entry guys 😊

Isnin, 27 November 2017

Cameron Highlands Part 2

Hello...

Malas nak bebel panjang-panjang, kita sambung cerita naik Cameron Highlands.

Ok. I booked my hotel by Agoda. Tengok review orang about this place was so good. So, I decide nak stay kat sini.

Nah layan pictures jap. Sam Jade Guest House, Bri chang, Cameron Highlands.

2 queens beds memang sangat selesa..cuma lantai tu tiles so macam sejuk gila. Bukan macam..tapi memang ye sejuk sangat...😂

Siap ada tingkap 2 haaa...rasa macam malas nak keluar 😂

So memang sangat selesa. Cuma 1 lagi parking terhad sikit la. Korang kalau dah malam tak payah keluar la..tak ada apa nya nak di buat nya..hahaha

Ahad, 26 November 2017

Cameron Highlands Part 1

Hai..
Selamat Petang. Salam dr Cameron Highlands.
Ya ampunnn sejuknya la haaiiiii...haiii...haiii..but the whether still ok for me. As long belem negative, i'm okay. 

Well..sebenarnya nak bawa keluarga tersayang ni bercuti ke Sabah/Sarawak. Tapi masalahnya tak dapat cuti lama. And for this December, we are planning to go for umrah course. So, ada la masa boleh mencelah sikit ni..I planned bawa diorang pegi Cameron Highlands. Sebab rasa ni paling dekat. Boleh feelings over laut sikit..haha.

So, I searched the hotel by Agoda. And there you gou. I decide to stay at Sam Jade Guest House. So cantik this guest house. Bersih, selesa, bilik air pun sangat berpuas hati. Better than you stay dekat hotel I think. At 1st booked for 1 queen beds rooms. Tp bilik tu atas sekali. Sejuk..so..bila sampai reception, I asked for any rooms downstairs. Syukur ada 1 bilik tinggal kt ground floor. I grab and the rooms have 2 queens beds. What a lovely day. Cuma tambah duit sikit la. 

Continue next story.....❤

Kenangan...

Assalamualaikum 😊

Selamat Pagi. Salam subuh readers & followers.
Harap sihat pagi ni.

Malam tadi memang tak dapat nak tidur lena. Saya tak tau kenapa. Macam ada sesuatu yg menggangu fikiran tapi saya tak tau apa dia. Ke kiri salah..ke kanan salah. Puas berfikir kenapa. Mungkin terlalu penat buat saya susah juga untuk lelapkan mata. Tapi selalunya tak macam ni. Kalau terlalu penat sure I sleep well.

Mungkin juga berita tentang dia yg kembali bekerja di negeri saya buat saya tertanya-tanya.
Sakit hati? Yes!
Kenapa Johor jugak yg kau pilih utk upgrade upgrade kerja. Kenapa tak balik ke Sarawak sana. Kenapa pilih utk balik ke Johor sedangkan negeri ni banyak simpan kenangan kau. Setiap sudut negeri ni ada kenangan kita. Aku sendiri kadang-kadang tewas dengan kenangan. Sampai satu tahap aku rasa macam nak pergi jauh dari sini. Dari semua orang yang aku kenal. Biar aku kenal insan-insan baru. Muka-muka baru..yang boleh buat aku gembira, ceria macam dulu.

Terima kasih untuk semua kenangan tu. Dan kau..kau percaya kifarah Allah? Aku harap kau dapat rasa apa yang aku rasa sekarang ni suatu hari nanti. Adios kenangan...

Jom naik cameron... 😊

Sabtu, 25 November 2017

Kenapa Allah Uji?

Assalamualaikum...

Bertemankan secawan coffee dan nasi goreng bersama beberapa ketul kuih yang terhidang, otak saya ligat berfikir tentang sesuatu di hari Sabtu yang indah dan nyaman ni.

Ada antara kita jalan cerita hidupnya sangat mudah. Tiada liku, onak duri dan cabaran yang ditempuhi. Tapi, ada juga antara kita yang jalan cerita hidupnya penuh dengan cabaran. Penuh dengan liku-liku bengkang-bengkok sana sini nak capai sesuatu, nak dapatkan apa yang di impikan.

Pernah tak tefikir kenapa Allah uji kita macam tu sekali?

Senang....

Allah takkan uji hambanya kalau Dia tahu hambanya tak mampu harungi semua ujian Dia.
Pernah juga saya terfikir suatu ketika bila di uji dengan kehilangan macam-macam perkara. Seakan dunia berhenti berputar. Terduduk sekejap dengan apa yang berlaku.

Saya cuba flash back apa yang saya dah buat sepanjang saya jalani kehidupan yang bahagia tu.
Adakalanya saya terlupa nak mengadu pada Dia. Adakalanya saya lupakan Dia. Dan adakalanya saya tersasar jauh dari Dia. Saya ingat Dia tak masa saya jalani kehidupan bahagia tu? Ye kadang-kadang kita ni manusia, memang banyak sangat benda yang buat kita lupa nak buat masa kita jalani kehidupan bahagia tu.

Back to Allah! Thats all...

Tak kira la masa kita bahagia. Masa kita sedih. Masa kita jatuh terduduk...back to Him.
Dia uji kita sebab DIA rindu nak dengar kita menangis pada Dia. Dia rindu nak dengar kita mengadu pada Dia. Dia rindu kita berkasih sayang dengan Dia sebenarnya.

Orang yang jalan hidupnya senang tiada onak duri, kita tak tahu apa yang dia lalui di belakang kita. Dari pandangan mata kasar kita, semuanya nampak indah. Tapi dari pandangan mata hati tetap ada cacat celanya yang kita tak tau.

Jadi, jangan sesekali mengeluh dengan ujian Allah. Terlalu banyak yang akan kita tempuhi lagi selagi kita masih bernafas di bumi Allah. Selagi belum tutup mata, selagi tu banyak cabaran yang akan kita tempuhi. Cuma mampu dengan tak je kita nak tempuh.

Ingat Dia waktu susah senang kita. Kadang-kadang Allah hadiahkan kita dengan sekotak hadiah yang berbungkus riben merah, isinya yang penuh dengan sampah masalah. Tapi Dia nak kita hadapi dan selesaikan satu persatu. Jangan berputus asa dengan ujian kerana pasti kan terselit sejuta kemanisan di dalamnya.

Allah uji ada sebab. Bersangka baik dan selalulah tersenyum agar orang disekeliling kita turut tersenyum 😁

Jumaat, 24 November 2017

Setahun yang Lalu......

Assalamualaikum.

A years ago I told myself tak nak tinggalkan blog lagi. Sebab minat pada penulisan. Tapi terpaksa korban kan masa dan rasa tu juga. Menipu diri sendiri. Buat-buat tak ingat tentang blog sebab TERLALU busy dengan kerjaya.

Weekend terasa nak updates blog tapi otak fikir nak rehat tak nak tengok lappy. Thats the reason my blogs gone macam tu je. My hobby gone macam pasir pantai yang dibawa air laut.

Well, since its quite a long times i'm not writes in this blog. Now its times for me to updates all those things that happened in my life a years ago.

Many things happened and I felt like, how thankful I am been tested so much by Him. I know He missed to see I cried, He missed to see I asked something from Him.

I'll story one by one after this. Love yea...☺

Jumaat, 4 Mac 2016

Back to Blogger Life!

Setahun rupanya aku tinggalkan blog.
Ya Tuhan apa sudah jadi?
Bukan tak nak menulis.
Tapi kekangan masa buat aku sangat tak ada minat nak tulis apa-apa.
Ok sekarang kembali to this blog yang dah built up rasanya lama jugak la.
Starting today 04/03/2016, active back!
Jangan hangat-hangat chicken pop, ye Nurul.