Sabtu, 21 April 2018

Percaya tak?

8:28 PG 0 Comments
Hidup ni kadang kita rasa tak best. Tak indah. Sebab apa yg kita nak kadang tak dapat. Bukan apa, Allah dah tentukan semua tu. Korang percaya tak apa yg korang doa semua selama ni, Allah simpan. Dia simpan erat semua yg korang doa sebab Dia cuma akan lepaskan satu persatu bila tiba masanya. Bila Dia rasa kau layak untuk dapat apa yg kau doa selama ni, yg kau nak selama ni. Jangan selalu bersangka buruk sebab tak dapat apa yg kita idamkan. Hidup ni cuma sekali. Tak ada peluang kedua. Jadi, teruslah bersangka baik dan selalu berbuat baik sebab semua tu Dia tengok nun jauh dr atas sana. Buat baik bukan untuk menunjuk tapi itu satu sifat yg memang dituntut dalam agama kita juga pandangan pertama orang lain pd kita. Ye, bukan mudah. Tapi kita cuba ye. Cuba dan terus cuba untuk cakap yg baik-baik, fikir yg baik-baik so feedback nya nanti semuanya yg baik-baik. Ingat, Allah akan lepaskan doa-doa kita once kita ready nak terima apa yg kita doa semua tu. One by one. I wrote all this based on what I'm going through now. Guys, jangan sombong untuk berdoa pd Dia ok. Terus berdoa apa yg korang hajatkan. InsyaAllah Dia tunaikan satu hari nanti. Dia sayang setiap hambaNya. Takkan mungkin Dia biarkan kita bersedih selamanya.

Ahad, 15 April 2018

Mengharap

8:06 PTG 0 Comments
Mengharap itu boleh tapi jangan terlalu. Ramai antara kita yg sering mengharap terlampau tinggi sehingga dia jadi tak sedar diri dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Mengharap terlampau rendah sehingga tiada harapan tu, pun juga masalah serius. Manusia jenis ni tak ada keyakinan diri dan rasakan dia layak dapat yang paling tidak elok di dunia. Manusia ni, a little bit bongek (sila google kalau tak tau..haha). Dan sepatutnya dikumuh dengan Listerine 😜

Dalam mengharap, perlu sederhana. Boleh nk mengharap untuk sesuatu tu jadi milik kita tapi kalau tak dapat, terimalah ketentuan Tuhan. Bila bersederhana, kita lebih sedar, lebih terima, lebih redha.

Tuhan tak beri kita semua sebab Dia tahu bila waktunya nk bg. Jangan terlampau kecewa sehingga menampakkan Tuhan kejam. DIA sayang kita, sebab tu Dia jauhkan perkara yang kita tak tahu.
 

Sabtu, 14 April 2018

I LOFA YOU?

6:28 PTG 0 Comments
Disebabkan ramai yang sering mengucapkan "I Love You", menghkinzir buta, ini pesanan saya buat korang.

Hanya luahkan 'I Love You' pada insan yang korang dah fikir masak-masak dah, untuk bersama dia for the rest of your life. Bukan I lofa you ok. I mean kau dah ready untuk bangun tidur sebelah dia yang rambutnya bakal mengerbang dan berguguran banyak di rumah. Dan kau boleh sabar dengan kerenah dia dan masih cintakan dia walaupun dia banyak kekurangan.

Dan fikirlah anak muda, anak tua, anak berisi sekalian. I Love You akan jadi murah dan tidak bermaruah, jika kau gunakan sewenang-wenangnya dengan tujuan untuk mencairkan hati seseorang. Jika kau jenis manusia sebegitu, Nyah kau dari sini!

Biar single, asalkan kita tak mainkan hati orang. Dan kau kena ingat bahawa, kau hanya boleh keluarkan Kelab Single Malaysia, apabila kau sudah sedia untuk menjadi halal bersama insan yang tersayang. Jangan mainkan hati orang dik atas sebab kau bosan kerana at the end of the day, orang lain pula yang akan mainkan hati anak atau keluarga kau yang tersayang.

Hati dan perasaan yang dilahirkan itu, bukannya untuk dipijak dan digenggam ketika diperlukan sahaja. So kepada yang single, saya harap korang jumpa manusia yang terbaik buat korang. I mean, jumpa manusia yang boleh hidup susah senang dengan korang and tak give up dengan korang. Tak give up tu yang penting sebab people nowadays, when things get susah sikit, dia blah dan cakap tak ada jodoh.

Kepada yang bakal break, saya cuma boleh doakan agar kalian kuat. Break itu tak mudah tapi insyaAllah, kalian akan dijumpakan dengan yang lebih baik. Selagi boleh baiki, baiki. Tapi jika hubungan itu merosakkan hidup kalian, tarik nafas dan lepaskan. Bukan kerana kau tak sayang, tapi kerana kau sudah tak terdaya menahan remuknya hati.

Dan kepada orang dari serata dunia especially dari Johor, Malaysia, saya doakan agar korang sentiasa cantik & handsome di dunia dan akhirat. Ingatlah bahawa, hidup ini hanya sekali, jadi janganlah buang masa dengan stalk crush ataupun ex-crush zaman sekolah dulu-dulu. Buang masa. Find your real pasangan and get married. Make some babiess with the process of fotosintesis and be happy.

Your mother want cucu dan bukannya cucur badak yang enak digoreng begitu sahaja.

❤❤❤❤❤❤

Memilih

2:44 PTG 0 Comments
Memilih (Jodoh)...

Ramai yg cakap jangan memilih sangat. Nanti langsung tak ada. Bagi sy, memang kita WAJIB memilih. Bukan apa, kita yg nak menghadap dia hari-hari nanti. Daripada celik mata sampai tutup mata tidur semua nk menghadap dia. Kita marah ke sakit hati ke benci ke..tetap kita kena tengok dia. So, biarlah yg sedap mata memandang, yg boleh bertolak ansur, yg lebih memahami, yg sentiasa bg kita nasihat & kata2 semangat utk setiap apa yg kita buat. 

Ye memang bukan mudah nak jumpa macam apa yg kita idamkan, but at least sikit-sikit tu ada la ciri yg kita cari tu its enough dah sy rasa. Tak ada manusia yg perfect dalam dunia ni. Kalau ada pun semua ciri yg kita cari tu sy boleh gerenti, that women/man sure dah berpunya. Manusia mana yg tak nak kesempurnaan. Even orang yg akalnya tiga suku pun nak yg molek-molek belaka. Ni kan pulak kita yg memang akalnya dah ternyata berfungsi. 

Dalam hal memilih ni, pandangan orang tua (parents) jangan kita abaikan. Sebab diorang ni lagi banyak pengalaman dr kita. Kadang tu dia tengok sekali imbas je dah tau macam mana perangai seseorang tu. Dr gerak geri gaya bercakap dh boleh tau ok ke tidak dia ni. So, pandangan org tua jangan ambil enteng.

Tak salah perihal memilih ni. Sebab ni melibatkan masa depan both side. Bukanlah nak jadi yg 'too choosy' cuma memilih ni buat kita jd lebih berhati-hati, lebih perhatian kerana perkahwinan antara dua individu bukan saja melibatkan dua manusia. Tp juga 2 keluarga dan 2 keturunan yg berbeza yg akan bersatu menjadi sebuah keluarga. 

So, please be choosy sikit dalam hal ni. Biarlah orang nk kata apa pd kita. Asalkan kita tau apa yg kita buat dan tak langgar hukum syariat. 

❤❤❤❤❤

Penat

9:20 PG 0 Comments
Hello,

So long hilang sekejap, pergi cari idea nak menulis, nak melukis mahupun merepek. Eh! No. Hahaha...kita pergi bertapa dalam ofis je. Lady boss banyak sangat kerja awal tahun 👅.

To be honest, lady boss sangat-sangat penat this few weeks and yea at some point in our life kita akan rasa penat dengan kehidupan kita. Dengan apa yang kita lalui setiap hari. Kita akan rasa kitalah manusia yang paling penat dalam dunia. Kan? Mungkin penat dengan kehidupan kita yang selalu sibuk, mungkin juga penat dengan drama sekeliling yang tak henti-henti buat kita sakit hati.

Penat yang di biarkan tanpa rehat, akan menghancurkan hati dan jiwa seorang manusia. Jadi, jika kita penat dengan tanggungjawab kehidupan, rehatlah sebentar. Dan jika kita penat dengan drama dunia, jauhkan dari mereka (mak cik pak cik bawang). Kita 'berjaga' sepanjang masa tanpa rehat, itu yang buatkan kita semakin teruk dalam kehidupan. Semakin kita overthinking dan semakin kita lupa untuk rasa gembira dengan diri sendiri.

So, guys....selamat berehat. Selamat berhujung minggu ☺


Wanna some? hahahaha..
Released your stress!

Follow Us @soratemplates