Ahad, 15 April 2018

Mengharap

Mengharap itu boleh tapi jangan terlalu. Ramai antara kita yg sering mengharap terlampau tinggi sehingga dia jadi tak sedar diri dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Mengharap terlampau rendah sehingga tiada harapan tu, pun juga masalah serius. Manusia jenis ni tak ada keyakinan diri dan rasakan dia layak dapat yang paling tidak elok di dunia. Manusia ni, a little bit bongek (sila google kalau tak tau..haha). Dan sepatutnya dikumuh dengan Listerine 😜

Dalam mengharap, perlu sederhana. Boleh nk mengharap untuk sesuatu tu jadi milik kita tapi kalau tak dapat, terimalah ketentuan Tuhan. Bila bersederhana, kita lebih sedar, lebih terima, lebih redha.

Tuhan tak beri kita semua sebab Dia tahu bila waktunya nk bg. Jangan terlampau kecewa sehingga menampakkan Tuhan kejam. DIA sayang kita, sebab tu Dia jauhkan perkara yang kita tak tahu.
 

Tiada ulasan:

Follow Us @soratemplates