Sabtu, 14 April 2018

Memilih

Memilih (Jodoh)...

Ramai yg cakap jangan memilih sangat. Nanti langsung tak ada. Bagi sy, memang kita WAJIB memilih. Bukan apa, kita yg nak menghadap dia hari-hari nanti. Daripada celik mata sampai tutup mata tidur semua nk menghadap dia. Kita marah ke sakit hati ke benci ke..tetap kita kena tengok dia. So, biarlah yg sedap mata memandang, yg boleh bertolak ansur, yg lebih memahami, yg sentiasa bg kita nasihat & kata2 semangat utk setiap apa yg kita buat. 

Ye memang bukan mudah nak jumpa macam apa yg kita idamkan, but at least sikit-sikit tu ada la ciri yg kita cari tu its enough dah sy rasa. Tak ada manusia yg perfect dalam dunia ni. Kalau ada pun semua ciri yg kita cari tu sy boleh gerenti, that women/man sure dah berpunya. Manusia mana yg tak nak kesempurnaan. Even orang yg akalnya tiga suku pun nak yg molek-molek belaka. Ni kan pulak kita yg memang akalnya dah ternyata berfungsi. 

Dalam hal memilih ni, pandangan orang tua (parents) jangan kita abaikan. Sebab diorang ni lagi banyak pengalaman dr kita. Kadang tu dia tengok sekali imbas je dah tau macam mana perangai seseorang tu. Dr gerak geri gaya bercakap dh boleh tau ok ke tidak dia ni. So, pandangan org tua jangan ambil enteng.

Tak salah perihal memilih ni. Sebab ni melibatkan masa depan both side. Bukanlah nak jadi yg 'too choosy' cuma memilih ni buat kita jd lebih berhati-hati, lebih perhatian kerana perkahwinan antara dua individu bukan saja melibatkan dua manusia. Tp juga 2 keluarga dan 2 keturunan yg berbeza yg akan bersatu menjadi sebuah keluarga. 

So, please be choosy sikit dalam hal ni. Biarlah orang nk kata apa pd kita. Asalkan kita tau apa yg kita buat dan tak langgar hukum syariat. 

❤❤❤❤❤

Tiada ulasan:

Follow Us @soratemplates