Sabtu, 14 April 2018

I LOFA YOU?

Disebabkan ramai yang sering mengucapkan "I Love You", menghkinzir buta, ini pesanan saya buat korang.

Hanya luahkan 'I Love You' pada insan yang korang dah fikir masak-masak dah, untuk bersama dia for the rest of your life. Bukan I lofa you ok. I mean kau dah ready untuk bangun tidur sebelah dia yang rambutnya bakal mengerbang dan berguguran banyak di rumah. Dan kau boleh sabar dengan kerenah dia dan masih cintakan dia walaupun dia banyak kekurangan.

Dan fikirlah anak muda, anak tua, anak berisi sekalian. I Love You akan jadi murah dan tidak bermaruah, jika kau gunakan sewenang-wenangnya dengan tujuan untuk mencairkan hati seseorang. Jika kau jenis manusia sebegitu, Nyah kau dari sini!

Biar single, asalkan kita tak mainkan hati orang. Dan kau kena ingat bahawa, kau hanya boleh keluarkan Kelab Single Malaysia, apabila kau sudah sedia untuk menjadi halal bersama insan yang tersayang. Jangan mainkan hati orang dik atas sebab kau bosan kerana at the end of the day, orang lain pula yang akan mainkan hati anak atau keluarga kau yang tersayang.

Hati dan perasaan yang dilahirkan itu, bukannya untuk dipijak dan digenggam ketika diperlukan sahaja. So kepada yang single, saya harap korang jumpa manusia yang terbaik buat korang. I mean, jumpa manusia yang boleh hidup susah senang dengan korang and tak give up dengan korang. Tak give up tu yang penting sebab people nowadays, when things get susah sikit, dia blah dan cakap tak ada jodoh.

Kepada yang bakal break, saya cuma boleh doakan agar kalian kuat. Break itu tak mudah tapi insyaAllah, kalian akan dijumpakan dengan yang lebih baik. Selagi boleh baiki, baiki. Tapi jika hubungan itu merosakkan hidup kalian, tarik nafas dan lepaskan. Bukan kerana kau tak sayang, tapi kerana kau sudah tak terdaya menahan remuknya hati.

Dan kepada orang dari serata dunia especially dari Johor, Malaysia, saya doakan agar korang sentiasa cantik & handsome di dunia dan akhirat. Ingatlah bahawa, hidup ini hanya sekali, jadi janganlah buang masa dengan stalk crush ataupun ex-crush zaman sekolah dulu-dulu. Buang masa. Find your real pasangan and get married. Make some babiess with the process of fotosintesis and be happy.

Your mother want cucu dan bukannya cucur badak yang enak digoreng begitu sahaja.

❤❤❤❤❤❤

Tiada ulasan:

Follow Us @soratemplates