Khamis, 11 Oktober 2018

SETIA?


Mudah sahaja. Letak kepercayaan dan kebergantungan kita pada Allah sahaja. Kerana yang menjaga hati manusia ini, hanyalah Allah dan hanya Allah sahaja yang boleh menjaga orang yang kita sayang.

Sebab itu orang kata, walau cinta mana sekalipun kita pada pasangan kita, tolong jangan lebihkan cinta itu melebihi cinta kita pada Allah. Sebab bila cinta kita dikhianati nanti, barulah kita terduduk dan masa tulah baru nak menyesal kenapa sayang gilos adios amigos kt dia kan. Hahaha.

Jadi, setiap kali solat, doalah supaya Allah jadikan hubungan kita, suatu hubungan yang indah, bebas manusia ketiga dan yang pentingnya boleh sampai syurga insyaAllah.

Tapi jangan risau, Allah ada. Letakkan segala kepercayaan dan harapan kita pada Allah dan insyaAllah, Allah akan elakkan kita dan dia, dari manusia yang tiada guna. Tapi tulah, doa tu lagi elok, jika disertakan dengan solat lima waktu dan juga solat-solat sunat. Jangan doa je, tapi solatnya tak. Rugi..sangat rugi.

Orang kalau nak curang, dia akan curang.
Tapi ingatlah, yang curang tu, selalunya bangang. Korang kena selalu ingat!
Jika dia baik dan setia dengan kita. Jaga dia elok-elok.

Tapi,
jika dia selalu curang dan gatal je kerja,
baik kau bercinta dengan coconut shake.

Sedap pun sedap!
Hahahahaha..ok dah selamat menghadam 😘

_SETIA ITU MAHAL_

-NSA-


Tiada ulasan:

Follow Us @soratemplates