Selasa, 14 April 2015

Dewasa

2015
Catatan pertama untuk tahun ni. Catatan lama dah aku padam bukan kerana tak sayang tapi tak nak ingat semua memori tentang cerita lama.
Dan tahun ni umur dah menginjak ke angka 24tahun.
Suatu masa yang cukup panjang aku rasa.
Dulu..
Masa masih lagi kanak-kanak, sibuk aku fikir nak jadi orang dewasa.
Tapi bila dah dewasa ni rasanya bukan suatu perkara yang mudah.
Kau kena fikir banyak benda.
Kau kena kerja. Kalau tak kerja kau nak sara hidup kau macam mana? Takkan selamanya nak bergantung harap pada mak ayah kan.
Dah belajar tinggi-tinggi, penat-penat pergi kelas, siang malam..at the end mesti la nak kerja kan bila dah habis belajar. Then mesti nak rewards untuk diri sendiri.
Dulu..
Aku fikir jadi orang dewasa ni macam mudah je. Tau kenapa?
Aku tengok, aku perhati.
Orang dewasa ni nak beli apa-apa, mudah je. Boleh pandu kereta. Boleh keluar jalan-jalan.
TAPI..
Semua yang aku fikir tu tak semudah yang di sangka.
Nak kereta?
Kau kena kerja. Dapat gaji kau kena save. Save untuk buat downpayment kereta.
Dah dapat kereta. Ok enjoy, fun semua kan.
Tetiba, kau akan terfikir pulak. Kalau ada investment sikit kan bagus.
Otak ligat berfikir.
Rumah?
Yes. Tu salah satu idea yang sangat bijak.
Nak beli rumah pulak. Takkan selamanya nak sewa rumah kan? Lagi kalau kau tu lelaki.
Lagi la WAJIB kau fikir pasal ni.
Kalau kau kahwin dapat isteri yang seadanya dah ada rumah sendiri. Tu satu kelebihan la untuk kau kan. Tapi kalau tak, kau WAJIB fikir pasal ni.
Sebab..rumah ni tempat berteduh, tempat di mana segalanya bermula.
Kau kena fikir tu.
Ok, dah dapat rumah. Otak fikir lagi ligat..
Cara nak beranakkan duit pulak macam mana...?
Kereta nak bayar bulan-bulan. Rumah pun sama. Kos sara hidup lagi.
Minyak kereta. Tu belum masuk bil elektrik & air pulak.
At the end of the month, gaji kau masuk petang, malam lepas maghrib kau on CIMB Clicks/Maybank2u.
Bayar segala bagai bil. Dalam masa tak sampai 10 minit. Semua bil kau selesai.
Yang ada dalam saving kau?
Cukup ke nak tampung untuk sebulan hidup?
Kalau kau belum kahwin tak ada masalah mungkin. Tapi kalau dah kahwin? Botak kepala nak fikir.
Ditambah pulak dengan semua barang dikenakan GST.
Aku rasa sejak adanya si GST ni, aku jadi pembeli yang sangat berhemah gila-gila!
Dulu..
Beli barang dapat resit, tak tengok pun. Campak dalam tong sampah.
TAPI sekarang tak! Aku akan pastikan ada GST Reg. No. lepas tu kira 6% dari jumlah yang aku belanja. Betul ke tak. Dan aku rasa, lepas ni rakyat Malaysia yang jelata ni, akan jadi akauntan yang berjaya di mata dunia. Setiap rakyat!
Cerita orang dewasa ni takkan pernah habis sampai kau tutup mata selamanya.
Masa tu, semua urusan dunia kau akan tinggalkan. Kembali pada Dia.


Tiada ulasan:

Follow Us @soratemplates