Ahad, 26 November 2017

Kenangan...

6:55 PG 0 Comments
Assalamualaikum 😊

Selamat Pagi. Salam subuh readers & followers.
Harap sihat pagi ni.

Malam tadi memang tak dapat nak tidur lena. Saya tak tau kenapa. Macam ada sesuatu yg menggangu fikiran tapi saya tak tau apa dia. Ke kiri salah..ke kanan salah. Puas berfikir kenapa. Mungkin terlalu penat buat saya susah juga untuk lelapkan mata. Tapi selalunya tak macam ni. Kalau terlalu penat sure I sleep well.

Kenangan. Yes! Too much. Setiap sudut negeri ni (Johor) ada kenangan saya & dia. Saya sendiri kadang-kadang tewas dengan kenangan. Sampai satu tahap saya rasa macam nak pergi jauh dari sini. Dari semua orang yang saya kenal. Biar saya kenal insan-insan baru. Muka-muka baru..yang boleh buat saya gembira, ceria macam dulu.

Hey you! You know how hards I am to stand back after all the hardtimes? You dont feel that!

Terima kasih untuk semua kenangan tu. Awak percaya kifarah Allah? Saya harap awak dapat rasa apa yang saya rasa sekarang ni suatu hari nanti. Adios kenangan...

Jom naik cameron... 😊



Sabtu, 25 November 2017

Kenapa Allah Uji?

9:28 PG 0 Comments
Assalamualaikum...

Bertemankan secawan coffee dan nasi goreng bersama beberapa ketul kuih yang terhidang, otak saya ligat berfikir tentang sesuatu di hari Sabtu yang indah dan nyaman ni.

Ada antara kita jalan cerita hidupnya sangat mudah. Tiada liku, onak duri dan cabaran yang ditempuhi. Tapi, ada juga antara kita yang jalan cerita hidupnya penuh dengan cabaran. Penuh dengan liku-liku bengkang-bengkok sana sini nak capai sesuatu, nak dapatkan apa yang di impikan.

Pernah tak tefikir kenapa Allah uji kita macam tu sekali?

Senang....

Allah takkan uji hambanya kalau Dia tahu hambanya tak mampu harungi semua ujian Dia.
Pernah juga saya terfikir suatu ketika bila di uji dengan kehilangan macam-macam perkara. Seakan dunia berhenti berputar. Terduduk sekejap dengan apa yang berlaku.

Saya cuba flash back apa yang saya dah buat sepanjang saya jalani kehidupan yang bahagia tu.
Adakalanya saya terlupa nak mengadu pada Dia. Adakalanya saya lupakan Dia. Dan adakalanya saya tersasar jauh dari Dia. Saya ingat Dia tak masa saya jalani kehidupan bahagia tu? Ye kadang-kadang kita ni manusia, memang banyak sangat benda yang buat kita lupa nak buat masa kita jalani kehidupan bahagia tu.

Back to Allah! Thats all...

Tak kira la masa kita bahagia. Masa kita sedih. Masa kita jatuh terduduk...back to Him.
Dia uji kita sebab DIA rindu nak dengar kita menangis pada Dia. Dia rindu nak dengar kita mengadu pada Dia. Dia rindu kita berkasih sayang dengan Dia sebenarnya.

Orang yang jalan hidupnya senang tiada onak duri, kita tak tahu apa yang dia lalui di belakang kita. Dari pandangan mata kasar kita, semuanya nampak indah. Tapi dari pandangan mata hati tetap ada cacat celanya yang kita tak tau.

Jadi, jangan sesekali mengeluh dengan ujian Allah. Terlalu banyak yang akan kita tempuhi lagi selagi kita masih bernafas di bumi Allah. Selagi belum tutup mata, selagi tu banyak cabaran yang akan kita tempuhi. Cuma mampu dengan tak je kita nak tempuh.

Ingat Dia waktu susah senang kita. Kadang-kadang Allah hadiahkan kita dengan sekotak hadiah yang berbungkus riben merah, isinya yang penuh dengan sampah masalah. Tapi Dia nak kita hadapi dan selesaikan satu persatu. Jangan berputus asa dengan ujian kerana pasti kan terselit sejuta kemanisan di dalamnya.

Allah uji ada sebab. Bersangka baik dan selalulah tersenyum agar orang disekeliling kita turut tersenyum 😁


Jumaat, 24 November 2017

Setahun yang Lalu......

4:01 PTG 0 Comments
Assalamualaikum.

A years ago I told myself tak nak tinggalkan blog lagi. Sebab minat pada penulisan. Tapi terpaksa korban kan masa dan rasa tu juga. Menipu diri sendiri. Buat-buat tak ingat tentang blog sebab TERLALU busy dengan kerjaya.

Weekend terasa nak updates blog tapi otak fikir nak rehat tak nak tengok lappy. Thats the reason my blogs gone macam tu je. My hobby gone macam pasir pantai yang dibawa air laut.

Well, since its quite a long times i'm not writes in this blog. Now its times for me to updates all those things that happened in my life a years ago.

Many things happened and I felt like, how thankful I am been tested so much by Him. I know He missed to see I cried, He missed to see I asked something from Him.

I'll story one by one after this. Love yea...☺

Follow Us @soratemplates