Sabtu, 25 November 2017

Kenapa Allah Uji?

Assalamualaikum...

Bertemankan secawan coffee dan nasi goreng bersama beberapa ketul kuih yang terhidang, otak saya ligat berfikir tentang sesuatu di hari Sabtu yang indah dan nyaman ni.

Ada antara kita jalan cerita hidupnya sangat mudah. Tiada liku, onak duri dan cabaran yang ditempuhi. Tapi, ada juga antara kita yang jalan cerita hidupnya penuh dengan cabaran. Penuh dengan liku-liku bengkang-bengkok sana sini nak capai sesuatu, nak dapatkan apa yang di impikan.

Pernah tak tefikir kenapa Allah uji kita macam tu sekali?

Senang....

Allah takkan uji hambanya kalau Dia tahu hambanya tak mampu harungi semua ujian Dia.
Pernah juga saya terfikir suatu ketika bila di uji dengan kehilangan macam-macam perkara. Seakan dunia berhenti berputar. Terduduk sekejap dengan apa yang berlaku.

Saya cuba flash back apa yang saya dah buat sepanjang saya jalani kehidupan yang bahagia tu.
Adakalanya saya terlupa nak mengadu pada Dia. Adakalanya saya lupakan Dia. Dan adakalanya saya tersasar jauh dari Dia. Saya ingat Dia tak masa saya jalani kehidupan bahagia tu? Ye kadang-kadang kita ni manusia, memang banyak sangat benda yang buat kita lupa nak buat masa kita jalani kehidupan bahagia tu.

Back to Allah! Thats all...

Tak kira la masa kita bahagia. Masa kita sedih. Masa kita jatuh terduduk...back to Him.
Dia uji kita sebab DIA rindu nak dengar kita menangis pada Dia. Dia rindu nak dengar kita mengadu pada Dia. Dia rindu kita berkasih sayang dengan Dia sebenarnya.

Orang yang jalan hidupnya senang tiada onak duri, kita tak tahu apa yang dia lalui di belakang kita. Dari pandangan mata kasar kita, semuanya nampak indah. Tapi dari pandangan mata hati tetap ada cacat celanya yang kita tak tau.

Jadi, jangan sesekali mengeluh dengan ujian Allah. Terlalu banyak yang akan kita tempuhi lagi selagi kita masih bernafas di bumi Allah. Selagi belum tutup mata, selagi tu banyak cabaran yang akan kita tempuhi. Cuma mampu dengan tak je kita nak tempuh.

Ingat Dia waktu susah senang kita. Kadang-kadang Allah hadiahkan kita dengan sekotak hadiah yang berbungkus riben merah, isinya yang penuh dengan sampah masalah. Tapi Dia nak kita hadapi dan selesaikan satu persatu. Jangan berputus asa dengan ujian kerana pasti kan terselit sejuta kemanisan di dalamnya.

Allah uji ada sebab. Bersangka baik dan selalulah tersenyum agar orang disekeliling kita turut tersenyum 😁


Tiada ulasan:

Follow Us @soratemplates