Jumaat, 19 Oktober 2018

Overthinking

9:16 PG 0 Comments
Overthinking ?

Just now i terbaca yang gadis bijak ni selalunya overthinking. I rasa benda ni betul. So so true. Someone tu overthinking bukan sebab dia fikir bukan-bukan. Tapi, dia fikir jauh 10 tahun ke depan. Dalam otak dia tu, full of things yang kadang-kadang tak tercapai akalmu nak fikir kan. Minda orang yang overthinking ni, tak pernah berehat. TAK PERNAH ok!

Bagi orang lain yes mungkin akan kata, 'chill la. small things kot..'. Even nak pakai apa, nak makan mana, siapa yang datang, nak pergi mana. Semua benda small things ni boleh jadi overthinking to them yang overthink more than you know.

Sometimes overthink ni boleh menyelamatkan keadaan. Sebab overthink ni out of the box. Benda yang orang tak jangka akan jadi and overthink person akan fikir. Kadang-kadang jugak, overthink person ni, dia dapat from mimpi-mimpi dia. Apa yang akan jadi. Dan bila tiba masanya, seolah-olah dia pernah berada dalam situasi tu sebelum ni. Mimpi ni bukannya kau mimpi semalam, esok terus jadi kejadian tu. TAK! Mungkin take times, 4,5 years akan datang. Mungkin juga 10 years lagi. Don't know.

Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai rasa & sifat yang kadang-kadang kita sendiri tak terfikir kan. So, please jangan judge overthink person ni bad ke apa ok. Diorang fikir macam-macam sebab tak nak benda yang korang tak terfikir tu jadi. Bila dah jadi jangan menyesal. Overthink ni bukan la tak ada buruknya. Yes, ada. Boleh memusnahkan keadaan pun iye jugak. So, kalau nak overthink tu berpada-pada la. Jangan too obvious yang kau overthink sangat. Its not good jugak.

Allah jadikan manusia tu pelbagai ragam dan cara. Respect each other punya cara. Then barulah hidup akan aman bahagia tenteram sentosa adios amigos goodbye.

Sorry, if tercarut sikit. Biasa la last day of the weekdays ni 👐

-NSA-






Rabu, 17 Oktober 2018

Kehidupan Yang Tak Kekal

4:11 PTG 0 Comments
I know, ramai antara kita sekarang ni yang tengah serabut dengan kehidupan kan. Terlampau banyak benda yang kita kena lakukan. WAJIB lakukan dan diselesaikan.

And i know too, it's okay. Benda tu semua perkara biasa.

Cuma dalam kesibukan kita dalam work hard di dunia ni, jangan lupa untuk jaga diri kita baik-baik. Kerana anugerah paling mahal, yang diberikan kepada seorang hamba Allah adalah kesihatan yang baik yang berpanjangan.

Kalau dah penat, rehatlah. Jangan terlalu push diri untuk teruskan juga apa yang kita lakukan seharian.

Ingat!
Kita manusia. Bukan robot. Robot pun perlukan rehat kalau tak meletup nanti. Manusia perlukan rehat yang cukup supaya esok bangun boleh berfikiran dengan waras tanpa ada kesengalan.

Rehatlah. Kehidupan di dunia ni tak kekal. Hanya sementara.

Khamis, 11 Oktober 2018

SETIA?

11:34 PTG 0 Comments

Mudah sahaja. Letak kepercayaan dan kebergantungan kita pada Allah sahaja. Kerana yang menjaga hati manusia ini, hanyalah Allah dan hanya Allah sahaja yang boleh menjaga orang yang kita sayang.

Sebab itu orang kata, walau cinta mana sekalipun kita pada pasangan kita, tolong jangan lebihkan cinta itu melebihi cinta kita pada Allah. Sebab bila cinta kita dikhianati nanti, barulah kita terduduk dan masa tulah baru nak menyesal kenapa sayang gilos adios amigos kt dia kan. Hahaha.

Jadi, setiap kali solat, doalah supaya Allah jadikan hubungan kita, suatu hubungan yang indah, bebas manusia ketiga dan yang pentingnya boleh sampai syurga insyaAllah.

Tapi jangan risau, Allah ada. Letakkan segala kepercayaan dan harapan kita pada Allah dan insyaAllah, Allah akan elakkan kita dan dia, dari manusia yang tiada guna. Tapi tulah, doa tu lagi elok, jika disertakan dengan solat lima waktu dan juga solat-solat sunat. Jangan doa je, tapi solatnya tak. Rugi..sangat rugi.

Orang kalau nak curang, dia akan curang.
Tapi ingatlah, yang curang tu, selalunya bangang. Korang kena selalu ingat!
Jika dia baik dan setia dengan kita. Jaga dia elok-elok.

Tapi,
jika dia selalu curang dan gatal je kerja,
baik kau bercinta dengan coconut shake.

Sedap pun sedap!
Hahahahaha..ok dah selamat menghadam 😘

_SETIA ITU MAHAL_

-NSA-


Rabu, 12 September 2018

HARAPAN PARENTS vs HARAPAN DIRI SENDIRI?

8:30 PTG 0 Comments
So benda ini selalu terjadi dekat semua orang dan i harap, apa yang i khabarkan dekat sini, boleh bantu korang yang tengah struggle sama ada nak teruskan impian parents ataupun ikut apa yang you rasa, terbaik buat diri you.

First of all, korang kena fikir dulu, apakah impian parents korang tu, akan buatkan korang bahagia? Jika jawapannya Ya, teruskan. Jika tidak, kejap lagi i akan story morry glowing dengan korang.

I tahu, mesti ada yang akan cakap, “Aku happy bila parents aku happy. So apa yang aku buat ni, untuk mereka”.

Kebanyakan yang cakap begini, hanya sedapkan diri sendiri. Ya, membahagiakan parents itu adalah perkara yang indah, tapi THIS IS YOUR LIFE, jadi you kena decide apa yang buatkan you bahagia sebab, kehidupan ini dilalui oleh you, dan bukannya parents you.

Orang kita selalu berkorban sehingga sampai buatkan you lupa, this is your life, not orang lain punya life. So, kalau nak berkorban untuk orang yang you sayang, jangan sampai you korbankan kehidupan you sekadar buat orang lain bahagia.

Itu juga selfish dan you telah mengkhianati diri you sendiri.

Soalan yang paling famous untuk harapan parents vs harapan sendiri adalah soal kerjaya dan rumahtangga. Contohnya, parents you nak you jadi cikgu (i la tu..diri sendiri..hahaha) tapi sebenarnya you tak happy pun kerja cikgu tu. Walaupun kerja cikgu itu boleh jamin masa depan, tapi what is the point of life bila you lakukan kerja yang you tak suka buat and end up stress/rasa tak happy all the time?

Soal kahwin. Ada antara parents yang terlampau menetapkan standard untuk anak-anak sampai pilihan anak tu, dia kata tak elok and all that. Pada i, jika pasangan anak tu elok, pandai jaga agama dan diri, tahu hormat orang, tak kaya tapi rajin kerja, tu sudah ok sangat dah. Kenapa perlu parents tu tolak pinangan orang yang ikhlas bersama anak dia, dan cari manusia yang kononnya lebih baik hanya berdasarkan pangkat, status dan kekayaan seseorang?

Percaya atau tidak, itulah sesetengah perangai orang kita, kita suka control kehidupan manusia lain dan menetapkan segalanya untuk dia sehingga anak-anak tak berani buat keputusan sendiri dan hanya mengikut.

Ini bukan soal tak dengar kata, ini soal you nak tentukan apa yang boleh buat you bahagia dan gembira. Ya, kita tahu, parents nak yang terbaik buat kita, tapi sesetengah parents terlupa yang....

"Terbaik itu tidak diukur pada pangkat dan nama. Sometimes yang terbaik itu nampak biasa-biasa, tapi bila kita dengan dia, kita jadi indah, tak ingat dunia”.

I beruntung, parents i selalu beri ruang untuk i cari apa yang membahagiakan diri i. Dan jika parents korang tidak seperti ini, korang cerita dan fahamkanlah mereka. Ingat...

Jangan sesekali kurang ajar dengan mereka, tapi yang boleh korang buat adalah buatkan mereka yakin dengan apa yang korang buat ni, adalah apa yang korang mahukan. Dan jika pilihan korang salah one day, korang akan salahkan diri korang sendiri, dan bukannya orang lain.

Hidup kena berani, sebab jangka hayat manusia, tidaklah sepanjang yang kita sangka.

Berapa ramai antara kita yang kejar dan berani ikut apa yang kita mahukan?

Dan berapa ramai antara kita yang hanya ikut perancangan orang lain dan akhirnya bila tak menjadi akan timbullah kata.....

"Ohhh Man, ruginya kehidupan i. Boleh tak i restart balik hidup i and do what i want to do?"

You hidup sekali dan you dimiliki oleh Tuhan you.

Untuk pertama kali dalam hidup you...

BERANI SUARAKAN APA YANG YOU NAK, DAN KEJAR APA YANG BUAT YOU GEMBIRA.

Stop wasting your time, dengan harapan dan impian orang lain. Dont worry, i sentiasa ada kt belakang ni. But heyy!! Jangan kentut ok. Agak-agak la..i dah tolong support ni.
Hahahaha..ok2..just kiddin' 😝.

Smile. One smile for one year ahead.
Cheers 😘

-NSA-

Sabtu, 21 April 2018

Percaya tak?

8:28 PG 0 Comments
Hidup ni kadang kita rasa tak best. Tak indah. Sebab apa yg kita nak kadang tak dapat. Bukan apa, Allah dah tentukan semua tu. Korang percaya tak apa yg korang doa semua selama ni, Allah simpan. Dia simpan erat semua yg korang doa sebab Dia cuma akan lepaskan satu persatu bila tiba masanya. Bila Dia rasa kau layak untuk dapat apa yg kau doa selama ni, yg kau nak selama ni. Jangan selalu bersangka buruk sebab tak dapat apa yg kita idamkan. Hidup ni cuma sekali. Tak ada peluang kedua. Jadi, teruslah bersangka baik dan selalu berbuat baik sebab semua tu Dia tengok nun jauh dr atas sana. Buat baik bukan untuk menunjuk tapi itu satu sifat yg memang dituntut dalam agama kita juga pandangan pertama orang lain pd kita. Ye, bukan mudah. Tapi kita cuba ye. Cuba dan terus cuba untuk cakap yg baik-baik, fikir yg baik-baik so feedback nya nanti semuanya yg baik-baik. Ingat, Allah akan lepaskan doa-doa kita once kita ready nak terima apa yg kita doa semua tu. One by one. I wrote all this based on what I'm going through now. Guys, jangan sombong untuk berdoa pd Dia ok. Terus berdoa apa yg korang hajatkan. InsyaAllah Dia tunaikan satu hari nanti. Dia sayang setiap hambaNya. Takkan mungkin Dia biarkan kita bersedih selamanya.

Ahad, 15 April 2018

Mengharap

8:06 PTG 0 Comments
Mengharap itu boleh tapi jangan terlalu. Ramai antara kita yg sering mengharap terlampau tinggi sehingga dia jadi tak sedar diri dan tidak berpijak di bumi yang nyata.

Mengharap terlampau rendah sehingga tiada harapan tu, pun juga masalah serius. Manusia jenis ni tak ada keyakinan diri dan rasakan dia layak dapat yang paling tidak elok di dunia. Manusia ni, a little bit bongek (sila google kalau tak tau..haha). Dan sepatutnya dikumuh dengan Listerine 😜

Dalam mengharap, perlu sederhana. Boleh nk mengharap untuk sesuatu tu jadi milik kita tapi kalau tak dapat, terimalah ketentuan Tuhan. Bila bersederhana, kita lebih sedar, lebih terima, lebih redha.

Tuhan tak beri kita semua sebab Dia tahu bila waktunya nk bg. Jangan terlampau kecewa sehingga menampakkan Tuhan kejam. DIA sayang kita, sebab tu Dia jauhkan perkara yang kita tak tahu.
 

Sabtu, 14 April 2018

I LOFA YOU?

6:28 PTG 0 Comments
Disebabkan ramai yang sering mengucapkan "I Love You", menghkinzir buta, ini pesanan saya buat korang.

Hanya luahkan 'I Love You' pada insan yang korang dah fikir masak-masak dah, untuk bersama dia for the rest of your life. Bukan I lofa you ok. I mean kau dah ready untuk bangun tidur sebelah dia yang rambutnya bakal mengerbang dan berguguran banyak di rumah. Dan kau boleh sabar dengan kerenah dia dan masih cintakan dia walaupun dia banyak kekurangan.

Dan fikirlah anak muda, anak tua, anak berisi sekalian. I Love You akan jadi murah dan tidak bermaruah, jika kau gunakan sewenang-wenangnya dengan tujuan untuk mencairkan hati seseorang. Jika kau jenis manusia sebegitu, Nyah kau dari sini!

Biar single, asalkan kita tak mainkan hati orang. Dan kau kena ingat bahawa, kau hanya boleh keluarkan Kelab Single Malaysia, apabila kau sudah sedia untuk menjadi halal bersama insan yang tersayang. Jangan mainkan hati orang dik atas sebab kau bosan kerana at the end of the day, orang lain pula yang akan mainkan hati anak atau keluarga kau yang tersayang.

Hati dan perasaan yang dilahirkan itu, bukannya untuk dipijak dan digenggam ketika diperlukan sahaja. So kepada yang single, saya harap korang jumpa manusia yang terbaik buat korang. I mean, jumpa manusia yang boleh hidup susah senang dengan korang and tak give up dengan korang. Tak give up tu yang penting sebab people nowadays, when things get susah sikit, dia blah dan cakap tak ada jodoh.

Kepada yang bakal break, saya cuma boleh doakan agar kalian kuat. Break itu tak mudah tapi insyaAllah, kalian akan dijumpakan dengan yang lebih baik. Selagi boleh baiki, baiki. Tapi jika hubungan itu merosakkan hidup kalian, tarik nafas dan lepaskan. Bukan kerana kau tak sayang, tapi kerana kau sudah tak terdaya menahan remuknya hati.

Dan kepada orang dari serata dunia especially dari Johor, Malaysia, saya doakan agar korang sentiasa cantik & handsome di dunia dan akhirat. Ingatlah bahawa, hidup ini hanya sekali, jadi janganlah buang masa dengan stalk crush ataupun ex-crush zaman sekolah dulu-dulu. Buang masa. Find your real pasangan and get married. Make some babiess with the process of fotosintesis and be happy.

Your mother want cucu dan bukannya cucur badak yang enak digoreng begitu sahaja.

❤❤❤❤❤❤

Memilih

2:44 PTG 0 Comments
Memilih (Jodoh)...

Ramai yg cakap jangan memilih sangat. Nanti langsung tak ada. Bagi sy, memang kita WAJIB memilih. Bukan apa, kita yg nak menghadap dia hari-hari nanti. Daripada celik mata sampai tutup mata tidur semua nk menghadap dia. Kita marah ke sakit hati ke benci ke..tetap kita kena tengok dia. So, biarlah yg sedap mata memandang, yg boleh bertolak ansur, yg lebih memahami, yg sentiasa bg kita nasihat & kata2 semangat utk setiap apa yg kita buat. 

Ye memang bukan mudah nak jumpa macam apa yg kita idamkan, but at least sikit-sikit tu ada la ciri yg kita cari tu its enough dah sy rasa. Tak ada manusia yg perfect dalam dunia ni. Kalau ada pun semua ciri yg kita cari tu sy boleh gerenti, that women/man sure dah berpunya. Manusia mana yg tak nak kesempurnaan. Even orang yg akalnya tiga suku pun nak yg molek-molek belaka. Ni kan pulak kita yg memang akalnya dah ternyata berfungsi. 

Dalam hal memilih ni, pandangan orang tua (parents) jangan kita abaikan. Sebab diorang ni lagi banyak pengalaman dr kita. Kadang tu dia tengok sekali imbas je dah tau macam mana perangai seseorang tu. Dr gerak geri gaya bercakap dh boleh tau ok ke tidak dia ni. So, pandangan org tua jangan ambil enteng.

Tak salah perihal memilih ni. Sebab ni melibatkan masa depan both side. Bukanlah nak jadi yg 'too choosy' cuma memilih ni buat kita jd lebih berhati-hati, lebih perhatian kerana perkahwinan antara dua individu bukan saja melibatkan dua manusia. Tp juga 2 keluarga dan 2 keturunan yg berbeza yg akan bersatu menjadi sebuah keluarga. 

So, please be choosy sikit dalam hal ni. Biarlah orang nk kata apa pd kita. Asalkan kita tau apa yg kita buat dan tak langgar hukum syariat. 

❤❤❤❤❤

Penat

9:20 PG 0 Comments
Hello,

So long hilang sekejap, pergi cari idea nak menulis, nak melukis mahupun merepek. Eh! No. Hahaha...kita pergi bertapa dalam ofis je. Lady boss banyak sangat kerja awal tahun 👅.

To be honest, lady boss sangat-sangat penat this few weeks and yea at some point in our life kita akan rasa penat dengan kehidupan kita. Dengan apa yang kita lalui setiap hari. Kita akan rasa kitalah manusia yang paling penat dalam dunia. Kan? Mungkin penat dengan kehidupan kita yang selalu sibuk, mungkin juga penat dengan drama sekeliling yang tak henti-henti buat kita sakit hati.

Penat yang di biarkan tanpa rehat, akan menghancurkan hati dan jiwa seorang manusia. Jadi, jika kita penat dengan tanggungjawab kehidupan, rehatlah sebentar. Dan jika kita penat dengan drama dunia, jauhkan dari mereka (mak cik pak cik bawang). Kita 'berjaga' sepanjang masa tanpa rehat, itu yang buatkan kita semakin teruk dalam kehidupan. Semakin kita overthinking dan semakin kita lupa untuk rasa gembira dengan diri sendiri.

So, guys....selamat berehat. Selamat berhujung minggu ☺


Wanna some? hahahaha..
Released your stress!

Ahad, 26 November 2017

Kenangan...

6:55 PG 0 Comments
Assalamualaikum 😊

Selamat Pagi. Salam subuh readers & followers.
Harap sihat pagi ni.

Malam tadi memang tak dapat nak tidur lena. Saya tak tau kenapa. Macam ada sesuatu yg menggangu fikiran tapi saya tak tau apa dia. Ke kiri salah..ke kanan salah. Puas berfikir kenapa. Mungkin terlalu penat buat saya susah juga untuk lelapkan mata. Tapi selalunya tak macam ni. Kalau terlalu penat sure I sleep well.

Kenangan. Yes! Too much. Setiap sudut negeri ni (Johor) ada kenangan saya & dia. Saya sendiri kadang-kadang tewas dengan kenangan. Sampai satu tahap saya rasa macam nak pergi jauh dari sini. Dari semua orang yang saya kenal. Biar saya kenal insan-insan baru. Muka-muka baru..yang boleh buat saya gembira, ceria macam dulu.

Hey you! You know how hards I am to stand back after all the hardtimes? You dont feel that!

Terima kasih untuk semua kenangan tu. Awak percaya kifarah Allah? Saya harap awak dapat rasa apa yang saya rasa sekarang ni suatu hari nanti. Adios kenangan...

Jom naik cameron... 😊



Sabtu, 25 November 2017

Kenapa Allah Uji?

9:28 PG 0 Comments
Assalamualaikum...

Bertemankan secawan coffee dan nasi goreng bersama beberapa ketul kuih yang terhidang, otak saya ligat berfikir tentang sesuatu di hari Sabtu yang indah dan nyaman ni.

Ada antara kita jalan cerita hidupnya sangat mudah. Tiada liku, onak duri dan cabaran yang ditempuhi. Tapi, ada juga antara kita yang jalan cerita hidupnya penuh dengan cabaran. Penuh dengan liku-liku bengkang-bengkok sana sini nak capai sesuatu, nak dapatkan apa yang di impikan.

Pernah tak tefikir kenapa Allah uji kita macam tu sekali?

Senang....

Allah takkan uji hambanya kalau Dia tahu hambanya tak mampu harungi semua ujian Dia.
Pernah juga saya terfikir suatu ketika bila di uji dengan kehilangan macam-macam perkara. Seakan dunia berhenti berputar. Terduduk sekejap dengan apa yang berlaku.

Saya cuba flash back apa yang saya dah buat sepanjang saya jalani kehidupan yang bahagia tu.
Adakalanya saya terlupa nak mengadu pada Dia. Adakalanya saya lupakan Dia. Dan adakalanya saya tersasar jauh dari Dia. Saya ingat Dia tak masa saya jalani kehidupan bahagia tu? Ye kadang-kadang kita ni manusia, memang banyak sangat benda yang buat kita lupa nak buat masa kita jalani kehidupan bahagia tu.

Back to Allah! Thats all...

Tak kira la masa kita bahagia. Masa kita sedih. Masa kita jatuh terduduk...back to Him.
Dia uji kita sebab DIA rindu nak dengar kita menangis pada Dia. Dia rindu nak dengar kita mengadu pada Dia. Dia rindu kita berkasih sayang dengan Dia sebenarnya.

Orang yang jalan hidupnya senang tiada onak duri, kita tak tahu apa yang dia lalui di belakang kita. Dari pandangan mata kasar kita, semuanya nampak indah. Tapi dari pandangan mata hati tetap ada cacat celanya yang kita tak tau.

Jadi, jangan sesekali mengeluh dengan ujian Allah. Terlalu banyak yang akan kita tempuhi lagi selagi kita masih bernafas di bumi Allah. Selagi belum tutup mata, selagi tu banyak cabaran yang akan kita tempuhi. Cuma mampu dengan tak je kita nak tempuh.

Ingat Dia waktu susah senang kita. Kadang-kadang Allah hadiahkan kita dengan sekotak hadiah yang berbungkus riben merah, isinya yang penuh dengan sampah masalah. Tapi Dia nak kita hadapi dan selesaikan satu persatu. Jangan berputus asa dengan ujian kerana pasti kan terselit sejuta kemanisan di dalamnya.

Allah uji ada sebab. Bersangka baik dan selalulah tersenyum agar orang disekeliling kita turut tersenyum 😁


Jumaat, 24 November 2017

Setahun yang Lalu......

4:01 PTG 0 Comments
Assalamualaikum.

A years ago I told myself tak nak tinggalkan blog lagi. Sebab minat pada penulisan. Tapi terpaksa korban kan masa dan rasa tu juga. Menipu diri sendiri. Buat-buat tak ingat tentang blog sebab TERLALU busy dengan kerjaya.

Weekend terasa nak updates blog tapi otak fikir nak rehat tak nak tengok lappy. Thats the reason my blogs gone macam tu je. My hobby gone macam pasir pantai yang dibawa air laut.

Well, since its quite a long times i'm not writes in this blog. Now its times for me to updates all those things that happened in my life a years ago.

Many things happened and I felt like, how thankful I am been tested so much by Him. I know He missed to see I cried, He missed to see I asked something from Him.

I'll story one by one after this. Love yea...☺

Jumaat, 4 Mac 2016

Back to Blogger Life!

9:46 PG 0 Comments
Setahun rupanya aku tinggalkan blog.
Ya Tuhan apa sudah jadi?
Bukan tak nak menulis.
Tapi kekangan masa buat aku sangat tak ada minat nak tulis apa-apa.
Ok sekarang kembali to this blog yang dah built up rasanya lama jugak la.
Starting today 04/03/2016, active back!
Jangan hangat-hangat chicken pop, ye Nurul.


Selasa, 14 April 2015

Dewasa

9:45 PG 0 Comments
2015
Catatan pertama untuk tahun ni. Catatan lama dah aku padam bukan kerana tak sayang tapi tak nak ingat semua memori tentang cerita lama.
Dan tahun ni umur dah menginjak ke angka 24tahun.
Suatu masa yang cukup panjang aku rasa.
Dulu..
Masa masih lagi kanak-kanak, sibuk aku fikir nak jadi orang dewasa.
Tapi bila dah dewasa ni rasanya bukan suatu perkara yang mudah.
Kau kena fikir banyak benda.
Kau kena kerja. Kalau tak kerja kau nak sara hidup kau macam mana? Takkan selamanya nak bergantung harap pada mak ayah kan.
Dah belajar tinggi-tinggi, penat-penat pergi kelas, siang malam..at the end mesti la nak kerja kan bila dah habis belajar. Then mesti nak rewards untuk diri sendiri.
Dulu..
Aku fikir jadi orang dewasa ni macam mudah je. Tau kenapa?
Aku tengok, aku perhati.
Orang dewasa ni nak beli apa-apa, mudah je. Boleh pandu kereta. Boleh keluar jalan-jalan.
TAPI..
Semua yang aku fikir tu tak semudah yang di sangka.
Nak kereta?
Kau kena kerja. Dapat gaji kau kena save. Save untuk buat downpayment kereta.
Dah dapat kereta. Ok enjoy, fun semua kan.
Tetiba, kau akan terfikir pulak. Kalau ada investment sikit kan bagus.
Otak ligat berfikir.
Rumah?
Yes. Tu salah satu idea yang sangat bijak.
Nak beli rumah pulak. Takkan selamanya nak sewa rumah kan? Lagi kalau kau tu lelaki.
Lagi la WAJIB kau fikir pasal ni.
Kalau kau kahwin dapat isteri yang seadanya dah ada rumah sendiri. Tu satu kelebihan la untuk kau kan. Tapi kalau tak, kau WAJIB fikir pasal ni.
Sebab..rumah ni tempat berteduh, tempat di mana segalanya bermula.
Kau kena fikir tu.
Ok, dah dapat rumah. Otak fikir lagi ligat..
Cara nak beranakkan duit pulak macam mana...?
Kereta nak bayar bulan-bulan. Rumah pun sama. Kos sara hidup lagi.
Minyak kereta. Tu belum masuk bil elektrik & air pulak.
At the end of the month, gaji kau masuk petang, malam lepas maghrib kau on CIMB Clicks/Maybank2u.
Bayar segala bagai bil. Dalam masa tak sampai 10 minit. Semua bil kau selesai.
Yang ada dalam saving kau?
Cukup ke nak tampung untuk sebulan hidup?
Kalau kau belum kahwin tak ada masalah mungkin. Tapi kalau dah kahwin? Botak kepala nak fikir.
Ditambah pulak dengan semua barang dikenakan GST.
Aku rasa sejak adanya si GST ni, aku jadi pembeli yang sangat berhemah gila-gila!
Dulu..
Beli barang dapat resit, tak tengok pun. Campak dalam tong sampah.
TAPI sekarang tak! Aku akan pastikan ada GST Reg. No. lepas tu kira 6% dari jumlah yang aku belanja. Betul ke tak. Dan aku rasa, lepas ni rakyat Malaysia yang jelata ni, akan jadi akauntan yang berjaya di mata dunia. Setiap rakyat!
Cerita orang dewasa ni takkan pernah habis sampai kau tutup mata selamanya.
Masa tu, semua urusan dunia kau akan tinggalkan. Kembali pada Dia.


Follow Us @soratemplates